HALAMAN SANTAI

Khamis, 1 April 2010

Sultan Pahang ringankan hukuman Kartika sebab perikemanusiaan



BERNAMA


KUANTAN— Sultan Pahang berkenan meringankan hukuman terhadap bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno (gambar), daripada hukuman sebat kepada melakukan khidmat masyarakat, atas sebab-sebab perikemanusiaan, titah Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

“Itu adalah keputusan atas budi bicara Tuanku Sultan, hak mutlak Tuanku Sultan dan Tuanku Sultan juga membuat keputusan itu atas sebab-sebab perikemanusiaan.

“Dia (Kartika Sari Dewi) bukan diampunkan daripada kesalahan itu, tapi hukuman itu diringankan, ini adalah ihsan Tuanku Sultan,” titah baginda kepada pemberita ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan perlawanan Hoki Piala Tun Razak antara Pahang dan Selangor, di sini, hari ini.

Kartika Sari Dewi, 33, dijatuhi hukuman enam sebatan dan denda RM5,000 pada Julai tahun lalu selepas didapati bersalah minum arak di khalayak ramai di sebuah resort di Cherating, Pahang.

Pada 24 Ogos, 2009, dia sepatutnya dibawa ke Penjara Kajang selama seminggu bagi menjalani hukuman sebatan yang dijatuhkan itu sebelum ia dibatalkan pada saat-saat akhir.

Pada 3 Mac lepas, Kartika Sari Dewi turut mengadakan pertemuan dengan Tengku Abdullah yang juga Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Pahang (MUIP) berhubung pelaksanaan hukuman sebat itu.

Mengikut Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Pahang 2002, Sultan Pahang mempunyai kuasa mutlak untuk memberi pengampunan kepada Kartika Sari Dewi.

1 ulasan:

Tuk Ketuo berkata...

Den jadi saksi akhirat besok atas apo juo kenyataan berkaitan hukum Allah, hukum Allah ni zalim ko?