HALAMAN SANTAI

Selasa, 22 Jun 2010

111 wanita diperdaya kumpulan 'pak itam'

SINAR HARIAN ONLINE




GEORGETOWN - Seramai 111 wanita di negeri ini mungkin menyangka mereka benar-benar menemui cinta sejati.

Lantaran itu, mereka sanggup menyerahkan apa saja, termasuk wang ringgit yang semuanya berjumlah RM1.5 juta.

Namun akhirnya, mereka ditinggalkan tanpa menyedari cinta yang dianggap sejati, hanya helah satu kumpulan lelaki Nigeria yang ternyata handal menggoda wanita menerusi Internet.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, polis telah menahan 11 lelaki Nigeria yang disyaki terbabit selain tiga wanita tempatan yang dipercayai bersubahat dengan kumpulan itu.

"Polis melancarkan tiga operasi berasingan di Bukit Mertajam, Butterworth dan Georgetown pada 18 Jun lalu untuk membanteras kumpulan ini. Polis menganggarkan kerugian RM1.5 juta ditanggung mangsa antara tempoh 2008 hingga Mei lalu," katanya.

Tun Hisan berkata, modus operandi kumpulan itu adalah menyamar sebagai warga Britain dan menunjukan gambar lelaki tampan bagi menarik perhatian wanita tempatan ditambah pula dengan kata-kata manis sehingga mangsa jatuh cinta ketika berkomunikasi menerusi laman sosial Internet.

“Mereka menggoda mangsa dengan mengatakan akan menghantar pelbagai hadiah yang mahal kepada mangsa. Setelah itu, seorang yang lain pula akan menghubungi mangsa dengan menyamar sebagai pegawai kastam memberitahu hadiah yang dikirim teman lelaki itu tidak dapat diserahkan kerana mangsa perlu membayar duti ke atas barangan itu kepada pihak berkenaan.

Tiada ulasan: