HALAMAN SANTAI

Selasa, 29 Jun 2010

Pemuda PAS gesa polis halang GERTAK

MALAYSIA KINI



Pemuda PAS Terengganu menyatakan kekesalannya terhadap Gerakan Kebangkitan Rakyat (GERTAK) yang mahu menganjurkan forum berhubung isu hak Melayu walaupun perhimpunan 'Melayu Bangkit' anjuran NGO itu sebelum ini didakwa tidak mendapat sambutan.

Ketuanya Mohd Nor Hamzah berkata mendakwa GERTAK merupakan "proksi Umno" untuk meraih sokongan Melayu yang didakwanya semakin hilang, terutamanya di kalangan anak muda.

"Mereka tidak akan tertipu lagi dengan dakyah Umno dan proksinya. Penipuan demi penipuan oleh Umno-BN sebenarnya telah membuka mata rakyat Terengganu khususnya Melayu untuk mengubah parti yang memerintah pada pilihan raya umum akan datang," katanya.

GERTAK hari ini memberitahu Malaysiakini, pihaknya akan menganjurkan forum itu dan berharap lebih ramai menghadirinya berbanding perhimpunan 'Melayu Bangkit'dua minggu lalu.

Razali Idris berkata forum yang dijadual turut diadakan di Terengganu hujung bulan Oktober, akan membincangkan topik agama, Raja-Raja Melayu, isu sosial, politik, pendidikan dan ekonomi.

Ia dijangka membariskan ahli panel terkemuka termasuk bekas timbalan perdana menteri, Tun Musa Hitam; mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria; bekas presiden Bursa Malaysia, Datuk Muhammad Salleh Majid, dan Profesor Diraja Ungku Aziz.

Dalam satu kenyataan hari hari ini, dewan itu juga mahu pihak polis menghalang prgram GERTAK - NGO yang didakwa tidak berdaftar dengan pihak pendaftar pertubuhan.

"Justeru, Pemuda PAS Terengganu mencabar GERTAK dan Pemuda Umno Terengganu untuk berdebat bagi membuktikan siapakah yang benar-benar membela Melayu selama ini, dan siapa pula yang mengkhianati bangsa Melayu semenjak 50 tahun yang lalu," kata Mohd No.

Tiada ulasan: