HALAMAN SANTAI

Ahad, 27 Jun 2010

Felda: Tubuh jawatankuasa siasatan bebas

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Kegagalan kerajaan memberi penjelasan memerlukan satu siasatan menyeluruh yang dikendalikan oleh suatu jawatankuasa siasatan bebas di bawah Parlimen Malaysia perlu dibentuk dengan segera demi untuk menyelamat institusi Felda yang dibangunkan atas keringat dan tulang empat kerat peneroka.

Justeru, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, tindakan kerajaan dan Felda mahu menyaman akhbar Suara Keadilan dan beberapa individu atas isu yang dilaporkan adalah sesuatu yang mengejutkan.

Katanya, rakyat kususnya peneroka Felda sedang menanti penjelasan dan jawapan yang meyakinkan terhadap dakwaan atas isu-isu yang berkaitan dengan pengurusan perbelanjaan wang Felda sehingga rizab tunai merosot begitu teruk sekali.

Tambahnya, rakyat ingin mengetahui apakah semenjak 2004 hingga 2009 Felda tidak menerima apa-apa bayaran ke dalam akaunnya.

Rakyat juga, katanya hendak jawapan dari kerajaan dan Felda tentang RM2 bilion yang dikatakan salah satu punca susut tunai Felda.

Datuk Ahmad Maslan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga Felda memberitahu bahawa ianya digunakan untuk bantuan tanam semula sedangkan, kata beliau semua peneroka tahu itu adalah wang hasil tabungan peneroka untuk tujuan tanam semula.

Rakyat dan peneroka, ujarnya menanti penjelasan kenapa lembaga pengarah tidak dirujuk untuk kelulusan pembelian Menara Felda dari syarikat Naza.

“Sebaliknya kerajaan hanya mampu jawab ini fitnah, Felda adalah syarikat kerajaan takkan tergamak hendak menipu Melayu. Itulah sahaja yang diungkap oleh pemimpin kerajaan Umno BN,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Beliau berlata, sejak menjawat jawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak mengambil langkah membersihkan dirinya dari segala dakwaan yang dilemparkan kepadanya seperitu isu kapal selam Scorpene, Altantuya, judi bola dan kini Felda dan banyak lagi skandal yang melibatkan beliau dan memburukkan nama baik Malaysia.

Tiada ulasan: