REMBAU: Pemimpin dan ahli UMNO perlu menguar-uarkan semua kelemahan parti pembangkang agar rakyat tahu tembelang mereka, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Hasan.
Di samping itu, katanya, pemimpin UMNO yang menganggotai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta dilantik Anggota Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu lebih lantang menyuarakan isu-isu disuarakan rakyat kepada pentadbiran kerajaan.
Katanya, tindakan itu strategi mereka untuk menutup segala kelemahan di negeri di bawah pentadbiran pembangkang.
Sementara itu, beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Rembau meminta semua pemimpin dan ahli UMNO bahagian itu supaya bersama-sama memainkan peranan dalam menjayakan misi parti "menyerang" pembangkang.
"Selama ini, pembangkang kelihatan seperti bermaharajalela melemparkan pelbagai fitnah dan tohmahan tidak berasas terhadap pemimpin kerajaan termasuk UMNO.
"Kini, sudah tiba masanya pemimpin dan ahli UMNO terutamanya di Bahagian Rembau bangkit dan menunjukkan taring mereka kepada pihak lawan. Dalam bola sepak, serangan adalah bentuk pertahanan yang terbaik.
"Jangan biarkan sahaja pembangkang menyerang kita. UMNO akan lemah sekiranya kita tidak membalas balik omong-omong kosong pihak lawan," katanya.
Majlis itu turut dihadiri Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, yang juga Ahli Parlimen Rembau; Ketua Wanita Umno Bahagian Rembau, Senah Peral; Ketua Puteri UMNO Bahagian Rembau, Zuliana Mohd Ridzuan; dan barisan kepimpinan Umno Bahagian itu. -
Tiada ulasan:
Catat Ulasan