BERNAMA
TAWAU: Lebih ramai anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR)di Sabah dijangka meninggalkan parti itu dan menyertai Umno.
Ketua Umno Bahagian Tawau Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata perkaraitu dimaklumkan kepadanya oleh bekas Timbalan Ketua Cabang PKR Tawau Eddy BerhamRuslan yang bertindak keluar dari parti pembangkang tersebut kelmarin.
Bercakap kepada Bernama di sini semalam, Tawfiq yang juga Pembantu MenteriKewangan Sabah menyifatkan tindakan Eddy Berham keluar dari PKR dan menyertaiUmno sebagai suatu yang memeranjatkan.
"Saya terkejut tiba-tiba dia hendak menyerahkan borang keahliannya menyertaiUmno kerana tidak ada ura-ura dia akan berbuat demikian," katanya.
Kelmarin, ketika mengumumkan keputusan keluar PKR dan mahu menyertai Umno,Eddy Berham berkata tindakannya tidak dipengaruhi oleh sesiapa.
Sebaliknya kata beliau, keputusan dibuat selepas mendapati PKR memperjuangkan perkara yang sememangnya diperjuangkan Umno selama ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan