HALAMAN SANTAI

Sabtu, 26 Jun 2010

PKA buat keputusan RM700 juta Selasa ini

Kuek Ser Kuang Keng



Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) akan memutuskan Selasa ini sama ada membayar RM723 juta wang milik pembayar cukai kepada kontraktor utama Zone Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) - Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB).

PKA sebelum ini digesa supaya tidak membayar jumlah itu berikutan dua saman sivil yang telah difailkan ke atas KDSB September lalu kerana didakwa mengenakan bayaran yang lebih untuk projek PKFZ.

Sebahagian daripada jumlah RM722.584 juta itu termasuk bayaran yang dipertikaikan yang dituntut oleh PKA.

Bayaran berkenaan dibahagikan kepada empat bahagian - RM150 juta, RM230 juta, RM120 juta dan RM222.584 juta, berdasarkan empat perjanjian.

Tar
ikh bayaran dua daripada perjanjian berkenaan adalah pada 30 Jun manakala dua lagi adalah pada 31 Julai.

Adalah dipercayai lembaga pengarah PKA akan bermesyuarat Selasa ini bagi membuat keputusan muktamad berhubung pembayaran itu.

KDSB dimiliki oleh jutawan Datuk Tiong King Sing, yang juga ahli parlimen Bintulu dan pengerusi Jawatankuasa Penyokong BN.

Tiada ulasan: