- Pemuda PAS Cabar Debat, siapa sebenarnya membela Melayu
KUALA TERENGGANU - GERTAK tidak perlu menganjurkan sebarang program pada masa depan kerana program ‘Melayu Bangkit’ yang dianjurkannya pada 14 Jun lalu, jelas gagal.
Namun, pertubuhan ‘alat perkakas’ Umno itu tidak tahu malu dan terus berhasrat mahu menganjur ‘Forum Melayu Bangkit’ pada Oktober depan sedangkan program lepas yang dihadiri oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir, hanya dihadiri oleh 800 orang sahaja.
Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) kesal, GERTAK masih di benarkan terus bergerak walaupun difahamkan ia adalah satu prtubuhan yang tidak berdaftar (Haram).
(Gambar - Ustaz Mohd Nor bermotosikal.....dengan kepelbagaian pemuda PAS kini menjadi tarikan anak-anak muda Terengganu)
Ketuanya, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata demikian dalam kenyataan yang dikeluarkannya kepada pihak media semalam, 28 Jun.
“Kami (DPPNT) ingin tegaskan bahawa GERTAK merupakan proksi Umno untuk ‘menagih’ sokongan Melayu terhadap Umno dan Barisan Nasional yang semakin pupus dan hilang popularitinya, terutamanya dari anak-anak muda Terengganu,
“kami juga yakin orang Melayu Terengganu sudah berubah, mereka tidak akan tertipu lagi dengan dakyah Umno dan proksinya,”tegasnya.
Menurutnya, penipuan demi penipuan yang dilakukan oleh Umno dan Barisan Nasional sebenarnya telah membuka mata rakyat Terengganu khususnya Melayu untuk mengubah parti yang memerintah pada pilihanraya umum akan datang.
Oleh itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bukit Payung mahu polis menghalang GERTAK yang ternyata tidak berdaftar dengan pendaftar pertubuhan.
“Sebelum ini, mereka mendakwa, (mereka) menjemput MAMPAT (Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu) sebagai sebuah NGO yang membela hak rakyat Terengganu, (turut sama) ke program Melayu Bangkit.
“tetapi setelah merujuk kepada MAMPAT, ternyata ia merupakan suatu pembohongan semata-mata. MAMPAT mendakwa tidak pernah mendapat pelawaan daripada GERTAK untuk menghadiri program yang dilaksanakan baru-baru ini,
“bahkan Pengerusi MAMPAT mendakwa GERTAK adalah pertubuhan haram yang tidak berdaftar dengan mana-mana pihak,”jelas Ustaz Mohd Nor.
Justeru, katanya, beliau mewakili DPPNT mencabar GERTAK dan Pemuda Umno Terengganu untuk berdebat bagi membuktikan siapakah yang benar-benar membela Melayu selama ini, dan siapa pula yang mengkhianati bangsa Melayu semenjak 50 tahun yang lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan