HALAMAN SANTAI

Isnin, 28 Jun 2010

'PKR S'gor umpama kapal 2 nakhoda'

Puteri Aida Haryani

Ketua Pemuda PKR Selangor Khairul Anuar Ahmad Zainuddin berkata kesukaran dalam menerima arahan mungkin akan berlaku sekiranya terdapat dua ketua dalam sebuah parti.

"Sebagai contoh, dalam sebuah kapal ada dua nakhoda yang perlu dipatuhi," jelasnya yang juga naib ketua pergerakan itu.

Sehubungan itu, tambahnya, perkara tersebut perlu diambil perhatian kerana amalan itu tidak pernah berlaku dalam mana-mana parti di negara ini.

Khairul Anuar berkata, jika kebimbangan itu tidak diambil berat, kemungkinan akan timbul masalah seperti tidak menghormati menteri besar.

Semalam Azmin dilantik sebagai pengerusi majlis pimpinan negeri Selangor menggantikan Khalid berkuatkuasa serta merta.

Perkara itu diumumkan oleh Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail selepas mempengerusikan mesyuarat pimpinan pusat parti itu di Shah Alam.

Menurut Wan Azizah, rombakan itu dibuat bagi membolehkan Khalid menumpukan tugaskan kepada usaha pentadbiran kerajaan negeri.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Khairul dilihat menyatakan sokongan tidak langsung kepada Khalid apabila mempertahankan bekas tokoh korporat itu mempunyai kelebihan yang tersendiri dalam mentadbir kerajaan negeri Selangor.

"Keikhlasannya orang nampak, seperti tidak rasuah, tidak ambil tanah orang. Orang politik nak (tanah) pun Tan Sri (Abdul Khalid) tidak bagi," jelas Khairul.

Bagaimanapun, beliau bersangka baik dengan lantikan Azmin sebagai peneraju baru PKR negeri itu.

"Secara ideal kita lihat Azmin uruskan organisasi, (manakala) Tan Sri uruskan kerajaan negeri dengan imejnya yang bersih," katanya.

Tiada ulasan: