HALAMAN SANTAI

Selasa, 29 Jun 2010

Tiada Pampasan Untuk Enjin Jet Curi

TV SELANGOR

Kerajaan tidak membayar sebarang pampasan kepada pihak di Uruguay dalam urusan membawa pulang enjin pesawat tempur F-5E kerana ia merupakan aset negara yang dicuri, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata enjin pesawat itu adalah hak negara dan oleh itu kerajaan tidak bertanggungjawab untuk membayar pampasan walaupun ia telah dibeli oleh pihak di negara itu.

"Tidak ada pampasan yang harus dibayar kerana itu merupakan aset Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dicuri, maka kerajaan Malaysia berhak untuk memperolehnya dan kita tidak bertanggungjawab dari segi membayar pampasan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sijil kepada petugas Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA 2010) hari ini.

Ahmad Zahid berkata enjin itu sudah dibawa pulang ke Malaysia hasil perbincangan lanjut antara Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan pihak berkuasa Uruguay.

Tiada ulasan: