HALAMAN SANTAI

Rabu, 30 Jun 2010

Pekerja berpiket bantah cadangan KTMB

BERNAMA



KUALA LUMPUR, - Kesatuan Pekerja-pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KPPKTMB) akan berpiket pada petang 7 Julai ini untuk membantah rancangan perkhidmatan tren elektrik (ETS) diuruskan anak syarikat baru, selain mendesak Presiden KTMB, Dr Aminuddin Adnan meletak jawatan.

Presiden KPPKTMB, Abdul Razak Md Hassan berkata, jika Aminuddin enggan melepaskan jawatan, Kementerian Kewangan perlu menilainya melalui petunjuk prestasi utama (KPI) sepanjang tempoh 11 bulan beliau menerajui KTMB.

Seramai 500 pekerja dijangka menyertai piket selama sejam di pekarangan ibu pejabat KTMB di Jalan Hishamuddin di sini, manakala satu lagi piket di 10 cawangan di seluruh negara diadakan 21 Julai.

Abdul Razak berkata, kesatuan itu mempunyai 3,600 anggota dan keputusan berpiket adalah tindakan awal membantah pelaksanaan ETS di bawah anak syarikat.

Beliau mendakwa antara lain, langkah itu akan mengurangkan faedah kesihatan pekerja, kehilangan elaun, jumlah cuti berkurangan dan sewa kuarters dinaikkan.

"ETS dengan nama anak syarikat ET Sdn Bhd adalah awalan kepada penstrukturan baru, selepas ini semua jabatan dalam KTMB mengikut perancangan, akan dianaksyarikatkan atau dijadikan usaha sama atau penyumberan luar, atau mungkin diswastakan sepenuhnya," katanya.

Tiada ulasan: