HALAMAN SANTAI

Rabu, 30 Jun 2010

Bil Tertunggak, Syabas Potong Bekalan Air


BERNAMA

Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) akan menjalankan operasi memotong bekalan air pengguna yang didapati gagal menjelaskan bil air tertunggak, mulai esok sehingga 15 Julai ini di beberapa
kawasan sekitar Kuala Lumpur, Petaling, Hulu Langat, Gombak dan Hulu Selangor.

Syabas dalam satu kenyataan hari ini berkata sekiranya bekalan air sudah dipotong, pengguna terbabit akan dikenakan caj RM50 sekiranya dia berhasrat untuk menyambung semula bekalannya.

Di Kuala Lumpur kawasan yang terlibat ialah Kampung Pandan; Desa Pandan; Jalan Cochrane; Sri Angsana Hilir; Pandan Jaya; Taman Cempaka; Taman Dagang; Taman Nirwana; Taman Maluri; Taman Cheras Indah; Taman Komersial/ Pandan Mewah; Taman Mawar/ Taman Kencana; Taman Mega/ Taman Muda; Taman Melor/ Bukit Permai dan Taman Pertama.

Turut terlibat ialah Taman Putra/ Taman Bukit Teratai; Taman Saga; Taman Seraya; Taman Shamelin; Taman Miharja; Taman Rajawali; Taman Ikan Emas; Kampung Cheras Baru; Taman Tenaga; Desa Aman; TamanBukit Pandan; Taman Mutiara; Taman Bahtera/Taman Cheras; Taman Billion; TamanRakyat; Taman Segar; Alam Jaya; Taman Sunway; Cheras Awana; Taman Mudun; Taman Mulia; Taman Bukit Hijau; Desa Bukit Cahaya; Alam Damai dan Cheras Utama.

Operasi itu juga melibatkan semua kawasan taman perumahan serta kampung di daerah Petaling dan Gombak manakala di derah Hulu Selangor ia melibatkan Tasik Puteri; Kuang; seluruh kawasan Rawang; Kundang; Sungai Choh; Serendah; Bukit Sentosa; Bukit Beruntung serta seluruh kawasan Kuala Kubu Bharu; Kerling/Kalumpang; Hulu Bernam; Sungai Tengi; Sungai Selisek; Sungai Dusun; Gedangsa; Soeharto.

Tiada ulasan: