KUALA TERENGGANU – Tindakan kerajaan Umno/BN Terengganu membuat rombakan ‘kabinet’nya dilaporkan bertujuan memberikan fokus berdasarkan pengalaman dan kebolehan Exco yang berkenaan.
Menteri Besar, Dato Ahmad Said dilaporkan berkata demikian dalam satu majlis di Gong Badak, dekat sini, semalam.
Pertukaran potfolio tersebut bermakna ahli Exco berkenaan sebelum ini tidak berupaya melaksanakan apa-apa program baharu yang menunjukkan kecaknaan kerajaan kepada rakyat.
Bekas Exco kerajaan negeri, Dato’Ustaz Abu Bakar Chik menyifatkan tindakan Umno/BN Terengganu sedemikian adalah disebabkan ‘tidak sedap duduk’ oleh kerana ‘kepanasan’.
“Maknanya Terengganu ni, sebenarnya Umno ni dia ‘kepanasan’, jadi kalau dia panas dia (Umno) tak sedap nak duduk,
“saya tak berani nak komen,bukan tak ada komen, apa yang akan terjadi, tapi kita akan tengok sehari dua lagi,”katanya kepada pihak media di kediamannya, di Kampung Tok Jiring dekat sini.
Berbanding kerajaan PAS, semasa pemerintahannya dapat memberikan khidmat terus kepada rakyat dengan beberapa program yang telah dilaksanakan.
“Sebenarnya rakyat memerlukan kepada ‘kecaknaan’ (yang) kerajaan Terengganu (kini) tak ada bahagian (dalam program yang dilaksanakan,
“saya ambil contoh, masa kerajaan PAS dulu, cuti (mingguan) daripada satu hari jadi dua hari, cuti hari Jumaat dan Sabtu,
“daripada ada (pembayaran) tol kepada tidak ada tol (Jambatan Sultan Mahmud), cukai pintu tidak diambil, cuti bersalin boleh sampai 3 bulan,”jelasnya.
Menuurutnya, selain itu, kecaknaan kerajaan negeri dibawah pimpinan PAS adalah pembahagian tanah-tanah sebanyak 65,000 lot kepada rakyat seluruh negeri Terengganu.
Oleh itu, menurutnya, sehingga kini rakyat tidak dapat melihat apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri pimpinan Umno prihatin dan memberikan faedah langsung kepada rakyat.
“Saya harap pertukaran (Exco) baru ini akan membuat tindakan segera prihatin terhadap rakyat,
“tapi, berdasarkan (Exco) yang lepas tu, tak ada apa-apa lagi lah,”tambahnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan