HALAMAN SANTAI

Isnin, 28 Jun 2010

Mabuk, seks depan perpustakaan

Oleh Johary Indan


TAMPARULI: Taman rekreasi berhampiran Perpustakaan Negeri Cawangan Tamparuli di sini yang dibina untuk kegunaan masyarakat bersantai bersama keluarga bertukar menjadi lokasi remaja lelaki dan perempuan menghidu gam serta meminum arak, sejak setahun lalu.

Selain itu, ia turut dijadikan lokasi oleh remaja tidak bertanggungjawab memadu kasih dan melakukan maksiat tanpa menghiraukan orang ramai yang lalu lalang di kawasan berkenaan.

Remaja mabuk juga dipercayai menjadikan orang ramai yang melalui kawasan itu sebagai mangsa peras ugut sebelum merampas barangan berharga.

Ia menyebabkan orang ramai tidak berani melalui kawasan taman itu, apatah lagi untuk bersantai kerana bimbang diganggu remaja yang menjadikannya sebagai tempat melepaskan gian.

Tinjauan Berita Harian di sini minggu lalu, mendapati taman itu juga dipenuhi botol arak yang bersepah di merata tempat, termasuk serpihan kaca yang dipecahkan remaja mabuk.

Taman milik Majlis Daerah Tuaran (MDT) itu seolah-olah bertukar menjadi sarang maksiat dan pusat minum arak oleh kumpulan remaja ini.

Pengerusi Persatuan Pencinta Alam Tuaran, Mohd Faiz Azman, berkata pihaknya kesal apabila kemudahan itu yang sepatutnya dimanfaatkan untuk orang ramai bersantai bersama keluarga, disalah guna remaja untuk melakukan maksiat dan kegiatan negatif yang lain.

"Perbuatan mereka mencemari imej Tamparuli. Ia menyebabkan orang ramai tidak berani melalui kawasan itu, apatah lagi berehat kerana bimbang diganggu remaja mabuk," katanya.

Seorang penduduk, Steve Albert, 25, mendakwa pernah melihat beberapa remaja mabuk mengugut remaja yang melalui taman itu dan meminta wang.

"Apabila remaja yang diugut itu enggan memberi wang, barangan bernilai seperti telefon bimbit, jam tangan, cincin dan rantainya dirampas mereka.

"Saya kesal menyaksikan kejadian itu tetapi tidak berupaya melakukan sesuatu kerana bimbang menjadi mangsa remaja mabuk," katanya.

Albert mendakwa, remaja mabuk juga sering mengganggu orang ramai dengan perkataan lucah, selain cuba memeras ugut warga tua yang melalui kawasan berkenaan.

Seorang lagi penduduk, Andrew Alexsius, 26, berkata lokasi taman yang agak tersembunyi itu menyukarkan kegiatan mereka dipantau oleh polis dan orang ramai.

"Ia menyebabkan remaja terbabit bebas melakukan kegiatan negatif sewenang-wenang tanpa bimbang ditahan polis," katanya.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan MDT menutup saja kemudahan berkenaan bagi menghalang kegiatan negatif remaja mabuk berterusan hingga menjejaskan imej Tamparuli.

Beliau mencadangkan supaya polis melakukan operasi menahan remaja mabuk yang tidak memahami erti keharmonian hidup bermasyarakat, sebaliknya hanya wujud untuk menyusahkan hidup anggota masyarakat di kawasan berkenaan.

"Hidup mereka tidak ubah seperti sampah yang bertaburan di taman itu," katanya.

16 ulasan:

jack berkata...

kelakuan tidak senonoh remaja di taman tersebut harus dibanteras..pihak berkuasa harus mengambil tindakan yang sewajarnya...akibat daripada kelakuan sebilangan remaja tersebut, boleh menjejaskan keharmonian serta keselamatan pengunjung taman lain di mana telah pun berlaku..diharap masalah ini diatasi secepat mungkin..

Unknown berkata...

kelakuan tidak bermoral dikalangan remaja tersebut tidak boleh dibiarkan, perbuatan mereka ini mencemarkan imej Tamparuli dan mengganggu ketenteraman awam. pihak polis seharusnya memantau kawasan ini.

Unknown berkata...

ini sungguh memalukan..pihak berkuasa terutamanya pihak polis haruslah selalu membuat rondaan dan menangani hal ini.

2718 berkata...

tidak perlu menutup atau menarik balik kemudahan itu, buat operasi dan tangkap semua remaja yang terlibat.. berikan mereka pengajaran yang setimpal dengan perbuatan mereka.

2718 berkata...

diharapkan dengan adanya laporan media ini, dapat membuka mata masyarakat dan pihak berkuasa untuk sama2 melindungi kemudahan yang disediakan oleh kerajaan serta sama2 membanteras aktiviti2 liar remaja yang semakin berleluasa..

Hamdan Hadillah berkata...

masalah ini haruslah ditangani secepat mungkin. ini sangat merbahaya dan mengamcam penduduk kawasan tersebut. pihak berkuasa haruslah bertindak dan membuat kawalan selalu di tempat yang dijadikan sarang orang mabuk ini.

pagardawai berkata...

gejala sosial yang amat hina dan buruk ini sepatutnya tidak dipandang ringan.

khalid berkata...

Tindakan tegas perlu dilakukan bagi menangani kegiatan ini. Perlu ada pihak berkuasa yang sentiasa membuat pemantauan di taman tersebut bagi mengelak kegiatan itu semakin berleluasa.

tombolo berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
tombolo berkata...

gejalah seperti ini semakin berleluasa masa kini , bukan sahaja di Tamparuli tp juga di tempat lain, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan bagi membendung gejala tidak bermoral ini.

POP berkata...

Memang memalukan negara. Buat seks pula di depan perpustakaan. Mana moral?

Paquin berkata...

Entah apa mahu jadi sama anak muda zaman sekrang oo.. aduii.. Saya harap semua pihak terutamanya ibubapa dapat memantau kegiatan anak2 mereka supaya tak terjebak dgn kegiatan yg tak bermoral.
Pihak berkuasa juga harus melakukan sesuatu bagi mengelakkan hal ni terus berleluasa.

Mei berkata...

Isu ini tidak boleh dipandang ringan. Diharapkan pihak berkuasa membuat rondaan di taman tersebut dan menangkap remaja2x yang tidak bermoral itu. Mereka harus diberi pengajaran yg setimpal dengan perbuatan mereka. Moga2x masalah ini akan diselasaikan secepat mungkin sebelum keadaan menjadi lebih teruk.

jack berkata...

remaja pada masa kini semakin berani melakukan perkara yang dilarang..perbuatan serong seumpama hanya menjanjikan masa depan yang gelap..tahap kesedaran di kalangan remaja jelas masih belum utuh...harus sesuatu dilakukan sebelum perkara ini menjadi lebih serius...

jack berkata...

perbuatan tidak senonoh remaja terbabit menunjukkan bahawa nilai2 murni tidak diterapkan sepenuhnya dalam kehidupan mereka...ibu bapa dan guru harus memainkan peranan mereka dengan lebih berkesan lagi...

jack berkata...

pihak berkuasa juga harus memantau gejala ini..keselamatan orang ramai terancam akibat daripada perbuatan remaja2 tersebut...harap perkara ini akan selesai secepat mungkin untuk kebaikan semua pihak...