HALAMAN SANTAI

Rabu, 30 Jun 2010

Suami mati di lokap, balu dapat ganti rugi RM1.4 juta

MALAYSIA KINI



Seorang suri rumah yang kematian suami ketika berada dalam tahanan polis 11 tahun lalu, hari ini menerima ganti rugi kecuaian berjumlah RM1.4 juta.

Perkara itu diputuskan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Lee Swee Seng ketika membenarkan rayuan balas Suzana Md Aris berhubung taksiran ganti rugi terdahulu terhadapnya sebanyak RM137,220.

Dalam keputusannya, Lee membenarkan rayuan balas Suzana dengan mengarahkan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai dan kerajaan Malaysia membayar ganti rugi berkenaan.

Suzana sebelum ini menyaman Deputi Supritendan Ishak Hussin, Asisten Komisioner Massari Hashim; Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai dan kerajaan Malaysia selaku defendan pertama hingga keempat setelah suaminya Mohd Anuar Sharip, 31, yang ketika itu ditahan reman di balai polis Rawang meninggal dunia di dalam lokap pada 19 Ogos 1999.

Bagaimanapun Lee hanya memerintahkan supaya bekas Ketua Polis Negara itu atas kapisiti peribadi dan kerajaan bertanggungjawab membayar ganti rugi tersebut.

Tiada ulasan: