HALAMAN SANTAI

Ahad, 27 Jun 2010

Kerajaan akan kaji semula jambatan ganti tambak Johor – PM

BERNAMA


Najib tun KUANTAN: Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari Sabtu berkata kerajaan akan mengkaji semula rancangan asal pembinaan jambatan bagi menggantikan tambak Johor.

Bagaimanapun Perdana Menteri tidak mengulas lanjut berhubung perkara itu.

"Akan dikaji," kata Najib kepada pemberita selepas merasmikan Program Mengukuh Wadah Memperkasa Ummah anjuran Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) di sini.

Najib berkata demikian ketika diminta mengulas titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar yang mahu kerajaan mempertimbangkan semula rancangan asal pembinaan jambatan menggantikan Tambak Johor.

Ketika merasmikan bangunan JB Sentral dan melancarkan Kembara Mahkota Johor 2010 di Dewan Menunggu Penumpang, JB Sentral di Johor Baharu hari ini, Sultan Ibrahim bertitah Tambak Johor amat penting kepada rakyat malah institusi kesultanan Johor sejak pemerintahan terdahulu sentiasa memberi sokongan kepada usaha menaik taraf Tambak Johor.


Tiada ulasan: