| BERNAMA | ||
| |
Menjelaskan pertikaian berhubung kedua-dua kawasan minyak itu, beliau berkata perkongsian hasil adalah sesuatu yang tidak mustahil menerusi perjanjian komersial yang dimeterai pemimpin kedua-dua negara dalam Pertukaran Surat pada 16 Mac, tahun lepas.
Bagaimanapun, kedua-dua negara masih membincangkan nisbah kerana Brunei mempunyai hak kedaulatan ke atas kedua-dua blok minyak tersebut, katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
"Jika kita melihat dengan teliti tafsiran undang-undang berdasarkan UNCLOS (Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut) 1982 adalah jelas kedua-dua blok itu milik Brunei.
"Kita telah mendapatkan pandangan beberapa pakar perundangan dan peguam maritim mengenai perkara ini," katanya ketika diminta mengulas jawapan beliau kepada soalan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat hari ini.
Anwar meminta kerajaan menyatakan kesahihan keputusan kerajaan persekutuan menyerahkan blok-blok tersebut kepada Brunei dan isu mengenai hak kedaulatan sempadan perairan di kawasan berkenaan tidak dirujuk kepada Parlimen.
"Kesemuanya (blok-blok berkenaan) milik mereka jadi bagaimana kita mahu mengarah mereka berbuat sesuatu? (Brunei mungkin berkata) jika anda mempunyai permintaan yang berpatutan, maka saya akan menimbangnya...tetapi jika anda mendesak, sudah tentu kami akan kata ia milik kami, mengapa kami patut tunduk kepada kemahuan anda?"
"Apa yang dipersetujui Brunei pada prinsipnya ialah mengenai perkongsian...tidak kisah banyak manapun, tetapi paling penting ialah mereka menawarkan isyarat persahabatan, ia bukan tentang wang ringgit," kata beliau.
Terdahulu ketika menjawab soalan Anwar (PKR-Permatang Pauh) di Dewan Rakyat, Anifah menjelaskan elemen yang terkandung dalam pertukaran surat pemimpin kedua-dua negara, terutamanya yang melibatkan persempadanan maritim dan darat Malaysia-Brunei, adalah sah dan tidak bercanggah dengan peruntukan Artikel 2 Perlembagaan Persekutuan seperti dakwaan sesetengah pihak.
Beliau juga menegaskan bahawa elemen itu juga tidak mengubah sempadan mana-mana negeri yang berkaitan, malahan mengesahkan sempadan yang wujud di antara Sabah dan Sarawak dengan Brunei.
Pertukaran Surat itu mengandungi empat elemen penyelesaian bagi isu tuntutan bertindih antara Brunei dan Malaysia iaitu persempadanan maritim, aturan komersial, persempadanan darat serta akses maritim.
Anifah berkata pada masa ini, kedua-dua pihak sedang melaksanakan kesemua elemen penyelesaian seperti yang terkandung dalam Pertukaran Surat itu.
10 ulasan:
"How can Mahathir Claim the land in front of my house is his? The EEZ was Mahathir’s creation when History created Brunei.The Maps & Globe Specialist is a MALAYSIAN Company contracted to make this MAP, they don’t question the legality of the Map. They just want to make sure they get paid.(well probably knowing who he is, he can)I am eager to see the Malaysian government insisting Block L & M belongs to Malaysia. Perhaps send the Malaysian Fleet and Submarine to protect the area.I am sure the next day we will see the Chinese Armada lining up from horizon to horizon with itchy fingers to live test their new missile systems (which they build themselves and not buying rejects from someone else at highly inflated price).I hope this clear things up Regards I think Malaysians (especially Mahathir) owe Brunei an apology for our own government’s folly."
pihak pembangkang atau mana2 pihak tidak perlu lagi menimbulkan isu ini kerana kerajaan Brunei telah mengesahkan yang blok tersebut adalah milik Brunei. jika isu ini berterusan, dikhuatiri akan menimbulkan salah faham dan menjejaskan hubungan kedua2 negara.
Blok L dan M sudah sah milik brunei..brunei juga sanggup berkongsi hasil di kedua-dua blok tersebut sebagai tanda persahabatan dengan malaysia...isu ini telah pun selesai dan tidak perlu lah lagi ditimbulkan yang hanya membawa kepada kekeliruan dan menjejaskan hubungan baik kedua negara...
telah d isahkan bahawa Blok minyak L dan M adalah milik Brunei. namun, Malaysia tetap menerima bahagiannya bagi hasil minyak dan gas di kedua-dua kawasan minyak berkenaan. nampak penyerahan ini tidak merugikan Malaysia total. ini menunjukkan peyerahan ini dicapai dengan siuasi "menang-menang".
walaupun kedua blok tersebut menjadi milik Brunei, namum, Brunei akan menggugurkan tuntutan keatas Limbang, Malaysia juga akan menerima bahagian hasil minyak di kedua blok tersebut, ini menunjukkna bahawa Malaysia tidak mengalami kerugian daripada penyerahan kedua blok minyak tersebut. malah ia menguntungkan Malaysia.
walaupun kedua blok talah menjadi milik brunei, namun malaysi tetap mendapat bahagian hasil daripada minyak tersebut. hubungan antara kedua negara juga semakin erat. ini merupakan satu perkembangan yang baik, so, Malaysia tidak rugi. hal ini rasanya tak perlu diperbesarkan lagi. biarlah ia selesai di sini sahaja.
I gotta agree with Anifah on this. Why should we order them to do our way when they will retaliate by saying it was originally theirs? I hope this isu could be put to rest now.
saya yakin, jika pembangkang berhadapan dengan masalah yang sama, mereka juga akan melakukan perkara yang sama.. apa penyelesaian terbaik jika Brunei sekeras2nya mendakwa blok itu milik mereka dan mereka mempunyai kelebihan berdasarkan sempadan dan undang2? sekurang2nya M'sia tidak pulang dengan tangan kosong... sebenarnya ini kejayaan bukannya kegagalan..
Bah kalau macam tu, apa lagi yang boleh dikata???
hhhmm harap2 dengan penjelasan ni, isu ni akan reda :)
Selepas ni saya harap tidak ada pihak lagi yang buat2 tak faham akan isu ni k.
Hal ni telah dijelaskan dan janganlah diperbesarkan lagi, nanti lain pula kejadiannya. Tambahan pula ia melibatkan hubungan antara dua negara.
Catat Ulasan