HALAMAN SANTAI

Sabtu, 26 Jun 2010

Kementerian Sumber Manusia Berbohong Tentang Akta Gaji Minima

TV SELANGOR

SHAH ALAM- Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvam dalam kenyataan medianya hari ini menyifatkan kenyataan Kementerian Sumber Manusia sebagai satu pembohongan dalam mengemukakan alasan mengapa kerajaan tidak mahu melaksanakan Akta Gaji Minima.

"Sejak hari pertama, Menteri berkenaan mengatakan bahawa mereka tidak dapat melaksanakan undang-undang ini kerana para majikan tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. Kementerian tersebut dalam kenyataan terdahulu mengatakan bahawa polisi dan falsafah Kerajaan adalah untuk mengikuti sistem pasaran dalam menentukan upah dan tidak akan melaksanakan Gaji Minima. Sekurang-kurangnya, ini adalah jawapan yang lebih jujur," kata Arul.

Arutchelvam mendedahkan bahawa, alasan terbaru kerajaan hari ini untuk tidak melaksanakan undang-undang tersebut adalah kerana tidak mendapat respon yang meluas di dalam laman Kementerian terbabit.

Beliau menganggap alasan tersebut tidak masuk akal dan keterlaluan, kerana beliau berpendapat, untuk membuatkan rakyat percaya, bahawa dasar utama di negara ini akan ditentukan oleh jumlah maklum balas yang diterima daripada sebuah blog.

"Adakah ini bermakna bahawa jika laman tersebut mendapat ribuan maklum balas dalam e-mel meminta Menteri untuk meletakkan jawatan, maka ia akan terjadi?" soalnya.

"Pekerja di Malaysia sebenarnya tidak memiliki peluang tersebut. Tapi, nampaknya Kementerian tersebut percaya bahawa kebanyakan pekerja di Malaysia yang bekerja selama 12 jam, bekerja lebih masa (over time), serta bekerja sambilan, akan mempunyai masa untuk melayari blog mereka," kata beliau dalam nada sinis.

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), sebuah kesatuan sekerja yang terbesar di Malaysia, bersama-sama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti-parti politik telah mendesak kepada penggubalan Akta Gaji Minima. Setiap tahun, dalam masa sedekad ini, deklarasi Hari Pekerja yang disertai oleh puluhan kumpulan dan pertubuhan secara konsisten menuntut pelaksanaannya, tetapi pihak kerajaan seolah-olah 'buta' dan 'memekakkan telinga' terhadap tuntutan tersebut.

PSM menyelar tindakan kerajaan Barisan Nasional yang dianggap telah menjual 'jiwa'nya kepada agenda kapitalis dan pemain ekonomi dunia dan telah melakukan sesuatu yang mungkin akan memberi tekanan kepada para pekerja di negara ini.

"Kerajaan BN nampaknya lebih gemar untuk membuat rundingan dengan para majikan, dengan cadangan untuk meluluskan rang undang-undang di Parlimen yang kelihatan memudahkan mereka untuk memecat pekerja, dan mengelakkan dari pekerja untuk mendapat pampasan," jelas Arul.

Beliau menjelaskan bahawa Akta Gaji Minima akan menjamin pembayaran upah minimum pekerja. Ini akan mengurangkan jurang antara kaya-miskin seperti Malaysia, yang merupakan antara negara yang menunjukkan antara kadar perbezaan pendapatan yang tertinggi di Asia. Kaedah ini sebagai permulaan untuk membantu Rancangan Malaysia Ke-10 yang bertujuan untuk meningkatkan kadar pendapatan di negara ini, selain dari mengelakkan eksploitasi terhadap golongan pekerja.

"Kerajaan BN nampaknya tidak mempunyai keazaman politik untuk melaksanakan undang-undang yang pro-pekerja. Mereka seolah-olah tidak mempunyai kekuatan untuk dan terpaksa patuh kepada 'tuan-tuannya'. Sekarang adalah masanya bagi para pekerja untuk berjuang dan mengembalikan haknya," tegas Arul.

12 ulasan:

Paquin berkata...

Bohong atau tak bohong hanya yang berkenaan saja tahu.. Tapi bagi saya sendiri, saya sememangnya mat mengharap agar gaji minimum dilaksanakan.. Sekurang-kurangnya tidak juga ada majikan yg suka2 bg gaji telampau rendah. hehee

Paquin berkata...

Apapun saya tetap menerima seadanya keputusan kerajaan kerana saya yakin pasti ada alternatif lain utk terus jaga kebajikan rakyat.

jack berkata...

Akta Gaji Minimum harus dikuatkuasakan serta-merta oleh kementerian sumber manusia..kebanyakkan pekerja di malaysia terutama sekali yang bekerja bukan kerajaan masih mendapat gaji yang jauh lebih rendah berbanding dengan sektor kerajaan..diharap kerajaan akan melaksanakan tanggungjawab nya untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat dengan langkah permulaan menguatkuasakan akta tersebut.....

Tanpa Nama berkata...

penentuan gaji minimum masih lagi dalam kajian pada masa kini. harap kerajaan akan melaksanakan gaji minimum bagi meringankan beban pekerja di malaysia dan seterusnya ia boleh menyumbang kepada peningkatan produktiviti pekerja.

Ted Medresher berkata...

sekiranya benar apa yang dikatakan oleh S Arutchelvam, diharapkan kerajaan dapat mempertimbangkan semula penguatkuasaan akta gaji minimum memandangkan jurang pendapatan di Malaysia semakin ketara terutamanya disektor2 swasta.

Ted Medresher berkata...

sebelum kerajaan melaksanakan pemotongan subsidi atau gst, terlebih dahulu kerajaan perlu menaikkan gaji pekerja2 di sektor swasta terutamanya di Sabah dan Sarawak yang mana kedua2 negeri ini tergolong dalam negeri termiskin.

Unknown berkata...

ini bukan untuk memihak kepada sesiapa dalam hal ini. saya juga setuju tentang gaji minima ini, ini adalah untuk membantu rakyat yang berpendapatan rendah. oleh itu, keputusan kerejaan amatlah diharapkan untuk memberikan jawapan untuk pertanyaan ini.

POP berkata...

Liars will be liars.

Tanpa Nama berkata...

penentuna hgaji minimum akan dilaksanakan berdasarkan keadaan ekonomi semasa dan juga maklum balas dari majikan dan pekerja. hingga kini ia masih lagi dalam kajian, harap ia akan dilaksanakan secapat mungkin.

Logop berkata...

I'm sure the government has its own good reason for not imposing the "akta gaji minima" yet.However, i do hope that the government would impose it due to the different in salary between the private sector and government sector. Employees from the private sector earn lesser than the government sector.

Hamdan Hadillah berkata...

ini untuk kebaikan pada rakyat yang bergaji rendah. dengan cara ini akan dapat untuk membantu mereka. oleh itu, harap tindakkan dapat dilakukan dengan secepat mungkin untuk membantu rakyat.

Boten_Trish berkata...

Liars detected in the Ministry. Great, excuses, excuses and more excuses.

I gotta agree with this Act being imposed on employers because they will just simply give lower salary to their workers hence the heavy workloads and time spend on it.