HALAMAN SANTAI

Selasa, 8 Jun 2010

Isu Judi : Kementerian Keluar Kenyataan Bercanggah

TV SELANGOR


Pakatan Rakyat yakin kerajaan Umno-BN takut dengan momentum bantahan yang ditunjukkan orang-ramai segenap lapisan masyarakat terhadap judi sukan.

Kementerian Kewangan dalam jawapan kepada soalan Pakatan Rakyat di Dewan Rakyat mengatakan bahawa lesen konsesi judi kepada syarikat Ascot Sports Sdn Bhd belum diserahkan menanti maklum-balas orang-ramai.

Jawapan bertulis itu dikeluarkan bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Ahli Parlimen Batu Tian Chua, Ahli Parlimen Pasir Mas dan Ahli Parlimen Rasah Loke Siew Fook.

Tian Chua berkata kenyataan dari Kementerian Kewangan itu bercanggah dengan reaksi pemerintah sebulan lalu yang menggambarkan seolah-olah perbincangan antara kerajaan Umno-BN dan hartawan Tan Sri Vincent Tan sudah selesai.

Malahan wakil rakyat dan pimpinan Umno juga dilihat bersungguh-sungguh membela skim judi sukan ini dengan alasan mengekang sindiket judi haram.

“ saya agak kerana mungkin kerana kerajaan takut respon yang sangat negatif dari masyarakat sekrang mereka tiba-tiba berubah dalam pendirian, kerajaan yang sebenarnya memang sudah luluskan lesen kepada vincent tan mungkin kerana pakatan dan masyarakat menentang sekarang dalam jawapan rasmi ini kerajaan cuba melegakan bangkangan kita la” Tian berkata.

Tian berkata, jawapan yang diberi hari ini nampak mencurigakan walhal hartawan terbabit telah membuat persiapan rapi termasuk kesanggupan mendermakan RM525 juta untuk kebajikan.

“ tiba-tiba kerajaan kata belum diputuskan, so ini satu gambaran satu contrudicsy yang samaada menteri kewangan tidak bercakap benar dalam jawapannya atau vincent tan membuat andaian beliau akan dapat lesen itu sungguhpun beliau belum dapat lesen secara sah”akhirinya.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

walaupun kerajaan sudah jelaskan bahawa belum mencapai sebarang keputusan dan syarat-syarat berhubung soal pelesenan judi sukan. masih ada pihak yang tidak puas hati dan masih menuduh kerajaan itu ini. diam salah, cakap pun salah...

khalid berkata...

pihak pembangkang perlu faham bahawa pemberian lesen judi tersebut adalah berdasarkan negara ini mempunyai rakyat berbilang bangsa dan agama. setiap bangsa ada pendirian tersendiri terhadap judi. sebenarnya judi ni kalau leka amat membahayakan dan masyarakat bebas memilih untuk berjudi atau tidak. cuma kalau beri atau tidak lesen pun, masyarakat tetap akan berjudi secara haram pula...

Tanpa Nama berkata...

hairan... lulus salah, tak lulus salah.. hhmmm entah apa juga yg dorang ni mahu..

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju khalid.. ada lesen atau tak, kalau memang mahu berjudi konpom berjudi juga lah jawabnya..
Cuma bagi saya kalau ada lesen, paling tidak pun dapat patau kegiatan judi ni.. tp entahlah bah, lain org lain pandangannya :)