| Salmah Mat Husain |
| KOTA BHARU: Koperasi Al-Hilal Bhd (Kohilal) tidak perlu mendedahkan sebarang butiran kepada Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berhubung isu yang dibangkitkan memandangkan beliau bukan ahli koperasi.
Beliau yang juga Exco kerajaan negeri berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas perkara itu selepas merasmikan Seminar Halalan Toyyibah Kelantan 2010 yang diadakan di Kelantan Trade Centre (KTC) siang tadi. Ibrahim dalam kenyataan sebagaimana disiarkan sebuah akhbar hari ini mendesak PAS supaya mendedahkan ke mana wang RM45 juta yang dilaburkan oleh 20,000 ahli menerusi koperasi itu. Menurut Ibrahim lagi, pelbagai persoalan yang menyelubungi koperasi berkenaan sehingga skim pelaburan yang ditubuhkan pada tahun 1996 hingga 1999 itu hanya sekadar mampu membayar dividen rendah pada tahun 1997. Amar yang mengakui Kohilal mempunyai sedikit masalah, bagaimanapun ianya dianggap sebagai risiko dalam perniagaan yang perlu dihadapi. “Kadang-kadang nasib kita baik, kita mencarum di tempat yang kebetulan ada rezeki yang baik untuk kita, kita akan mendapat keuntungan yang lebih. Jika tidak, inilah yang terpaksa kita tanggung,” ujarnya lagi. Katanya, setakat ini Kohilal sedang memperbaiki pengurusan baru untuk membuat perubahan dalam koperasi itu agar ianya pulih semula. Ketika ditanya apakah harapannya untuk Kohilal bersesuaian, beliau juga adalah salah seorang pelabur, Amar berharap semoga ianya kembali pulih sebagaimana biasa. Menurutnya, setakat ini operasi Kohilal dihentikan untuk membuat beberapa rombakan pada tempoh tertentu. Kata Amar lagi, beliau sendiri tidak memahami dengan sikap Ibrahim Ali yang suka menyentuh pelbagai perkara dalam media walaupun tidak ada kena mengena dengan dirinya. |
HALAMAN SANTAI
Selasa, 8 Jun 2010
Kohilal tak perlu dedah butiran, Ibrahim bukan ahli
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan