PAS mendesak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Negara-negara Persidangan Islam (OIC) segera bertindak terhadap serangan tentera Israel ke atas Konvoi Bantuan Antarabangsa Gaza, pagi ini.
Sehingga kini, dilaporkan 16 aktivis kemanusiaan yang berada di atas kapal berkenaan meninggal dunia yang turut disertai wakil Malaysia.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, akan mengadakan himpunan aman membantah serangan tersebut di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, selepas solat Jumaat, 4 Jun ini.
Sehubungan itu, PAS mengajak orang ramai juga menyertai himpunan aman tersebut.
Ujarnya lagi, PAS kesal dan mengutuk serangan ke atas aktivis kemanusiaan ini sambil menyifatkan ianya sebagai satu lagi kekejaman Israel.
"Kita mahu Malaysia selaku negara anggota OIC segera mencadangkan sidang tergempar bagi menyatakan pendirian dalam isu ini," ujarnya lagi.
PAS juga, katanya akan menganjurkan persidangan khas mengenai perkara itu.
Dalam pada itu, Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, kekejaman Zionis mesti dikutuk segera oleh masyarakat dunia.
"Mari kita sama-sama bermunajat menyelamatkan Gaza dan Masjid Al-Aqsa," katanya
KEADILAN (PKR) Turut mengutuk serangan kejam Israel terhadap kapal-kapal bantuan antarabangsa
Keadilan mengutuk sekeras-kerasnya serangan kejam dan maut tentera Israel terhadap kapal-kapal antarabangsa bantuan kemanusiaan (Freedom Flotilla) di perairan antarabangsa yang membawa bekalan perubatan, makanan, bahan binaan dan lain-lain keperluan asas meunju Gaza. Pembunuhan sehingga 15 orang dan kecederaan kepada yang lain di atas kapal-kapal ini adalah kejam, salah sama sekali dan tiada justifikasi di bawah undang-undang antarabangsa. Kapal-kapal ini juga membawa ahli-ahli Parlimen dari Eropah, seorang pemegang Nobel Peace Prize, wanita, dan beratus-ratus activis keamanan/kemanusiaan/hak asasi.
Keadilan memanggil seluruh dunia untuk mengutuk dan mengambil tindakan terhadap Israel dan menuntut kerajaan Malaysia menyampaikan mesej yang kuat dengan membatalkan kontrak APCO.
Latheefa Koya
Ketua Penerangan
Parti Keadilan Rakyat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan