| Sazali Mohd Nor |
| KUALA TERENGGANUn: Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) malam tadi menganjurkan upacara membakar bendera Israel dan Amerika di hadapan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) yang runtuh, tahun lalu.
Menurutnya, upacara tersebut yang diadakan pada 2 Jun itu di hadapan runtuhan SSMZA yang merupakan simbolik memperingati setahun peristiwa bersejarah yang memalukan itu. Walaupun kerajaan kerajaan BN negeri berjanji untuk mula melaksanakan kerja pembersihan dan membaiki semula stadium itu yang sepatutnya pada April lalu tetapi langsung tidak ada apa-apa tindakan yang diambil. Kini, SSMZA menjadi kawasan destinasi pelancongan yang memalukan kerajaan negeri. Tidak ada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku sehingga akhir upacara yang berlangsung selama kira-kira 30 minit yang dikawal oleh 50 anggota polis. Majlis berakhir dengan ucapan mengutuk tindakan kejam dan ganas rejim Israel yang menembak sukarelawan misi bantuan kemanusiaan Gaza serta membakar bendera Israel dan Amerika beramai-ramai. |
HALAMAN SANTAI
Khamis, 3 Jun 2010
Mampat bantah Yahudi dekat stadium runtuh
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan