KUALA LUMPUR — Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa mahu kerajaan negeri Selangor mengisytiharkan bulan Rejab sebagai “Bulan Palestin” bagi mengiktiraf perjuangan kemerdekaan rakyat Palestin.
“Saya telah mencadangkan kepada kerajaan negeri supaya bulan Rejab dijadikan sebagai Bulan Palestin bagi memperingati peristiwa Nabi Muhammad S.A.W yang bersembahyang di Masjid Al-Aqsar, Palestin sebelum diangkat ke langit,” kata beliau pada perundingan meja bulat di sini hari ini.
“Selain itu, kita juga perlu mengambil tindakan dengan memboikot produk-produk Israel bagi menunjukkan bahawa kita serius dalam isu ini,” katanya.
Antara NGO yang menyertai persidangan itu termasuk Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, Jemaah Islah Malaysia, Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia, Tenaganita dan Angkatan Belia Islam Malaysia.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula berkata, semua rakyat Malaysia perlu bersatu padu dalam menuntut keadilan bagi pihak Palestin.
“Semua orang termasuk pemimpin parti poltik perlu bersatu pada dalam isu ini.
“Ini kerana isu ini adalah isu kemanusiaan dan keadilan serta membantah kekejaman yang dilakukan Israel,” katanya
Persidangan Pelan Tindakan Keadilan dan Keamanan untuk Gaza hari ini mengambil pendirian tegas dengan mengutuk serangan Israel ke atas misi kapal kemanusiaan Gaza sebagai satu tindakan ganas dan jenayah ke atas manusia.
Persidangan yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman dekat sini disertai oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan juga 35 pertubuhan bukan kerajaan.
Melalui persidangan selama dua jam itu satu kata sepakat telah diperoleh dan mendesak agar tindakan Israel itu dihukum berdasarkan undang-undang antarabangsa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan