PUTRAJAYA: Kira-kira dua hingga tiga peratus penjawat awam di sini, dikesan menghadapi masalah kewangan agak serius kerana terjebak meminjam wang dengan ah long, kata Anggota Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Ketika mendedahkan perkara itu, beliau berkata keadaan ini menyebabkan gaji bulanan penjawat awam terbabit sering tidak mencukupi.
Katanya mereka yang terlibat terdiri daripada petugas kumpulan sokongan yang didapati sanggup meminjam daripada ah long, antaranya semata-mata bagi membeli kereta.
"Dalam kes terbaru yang diterima Pusat Khidmat Anggota Parlimen, terdapat seorang penjawat awam meminjam dengan ah long sebanyak RM7,800 untuk membeli kereta.
"Selama beberapa tahun ini, dia hanya membayar bunga tetapi pinjaman pokok tidak berganjak," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Juara Rakyat di Perumahan Fasa 3 dan 4, Presint 9 di sini hari ini.
Tengku Adnan, yang juga Setiausaha Agung Umno, bagaimanapun berkata masalah penjawat awam meminjam dengan ah long masih terkawal dan ia hanya melibatkan sebilangan kecil golongan itu.
Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan supaya tidak membenarkan penjawat awam membuat potongan gaji bagi membayar pinjaman daripada syarikat-syarikat peminjam wang.
"Saya nasihatkan kepada penjawat awam, jangan banyak berhutang. Kalau tiada duit jangan beli (sesuatu barangan) dulu... sabar dan kumpul duit," katanya.
Tengku Adnan turut melahirkan kebimbangan kerana terdapat golongan muda di sini, yang meminjam wang dengan ah long kerana terlibat dengan perjudian haram di luar kawasan Putrajaya.
Beliau turut berterima kasih kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan kerana membenarkan penjawat awam yang mempunyai rumah atau bekerja di luar lingkungan 20 kilometer dari Putrajaya untuk tinggal di kuarters kerajaan di sini.
Terdahulu pada majlis itu, Tengku Adnan menyampaikan sumbangan sebanyak 23 unit kerusi roda kepada penduduk di kalangan orang kelainan upaya (OKU) dan mereka yang uzur. -
7 ulasan:
ramai penjawat awam ini meminjam wang dengan ah long kerana mereaka menghadapi kesukaran untuk meminjam wang daripada bank. tatapi mereka harus sedar bahawa meminjam dengan ah long hanya kan menyusahkan diri mereka sahaja untuk membayar hutang dengan kadar faedah yang tinggi.
Memang tidak dinafikan lagi meminjam wang daripada Ah long adalah hanya akan menyusahkan diri sendiri. Bagaimanapun keperluan seperti kereta dan sebagainya adalah sangat2 diperlukan pada masa kini terutamanya mereka yang tinggal agak jauh dari tempat kerja. Kadar gaji juga yang tidak mencukupi mendorong sesorang itu untuk mendapatkan wang bagi mendapatkan sesuatu yang sangat diperlukan. Diharapkan perkara ini dapat dikaji semula bagi membantu mereka yang mengalami kesukaran untuk mendapatkan sesuatu yang sangat diperlukan dalam memajukan diri.
telah diketahui umum bahawa meminjam dengan ah long hanya akan menyusahkan diri. kadar bunga yang diberikan juga amat tinggi. namum mengapa masih ramai lagi orang yang ingin meminjam wang dengan ah long? perkara ini perlu dikaji semula bagi mengelakkan berlaku berlaku lebih banyak kejadian tak dingini akibat meminjam wang dengan Ah long.
tak perlulah nak meminjam dari ah long jika setakat nak membeli kereta. kan sekarang banyak kemudahan diberikan kepada sesiapa nak membeli kereta seperti membayar secara ansuran. meminjam wang dengan ah long hanya akan menyusahkan diri dan boleh membahayakan nyawa jika tak dapat membayarnya.
Kalau boleh, elakkan diri dari meminjam dengang ahlong. Kelak menyusahkan diri kita sendiri.
Saya harap kerajaan akan cari jalan supaya rakyat tak terus menerus mencari ahlong biarpun dalam keadaan yg terpaksa.
Mungkin boleh rendahkan sedikit syarat bank, sekurang-kurangnya tak juga rakyat pening nak pinjam duit dgn sape kan..
Tapi cara plg best bagi saya ialah hiduplah secara sederhana, ikut kemampuan - semuanya pasti OK :)
Catat Ulasan