| BERNAMA | ||
| |
Namun mereka menutup mulut tentang agenda mesyuarat.
"Ya, kami akan bermesyuarat munggu ini, tetapi ia bukan untuk liputan media," kata seorang pemimpin negeri.
Namun sumber parti memberitahu, mesyuarat itu akan memfokuskan kepada persediaan ke arah kemungkinan mengadakan pilihan raya negeri pada tahun ini, selepas Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) iaitu parti terbesar dalam komponen BN Sarawak, selesai berkampung atau melakukan retreat di Mulu yang bermula Isnin lalu dan berakhir Jumaat ini.
Hanya SUPP dan PRS hilang kerusi DUN kepada pembangkang dalam pilihan raya negeri terakhir sebelum ini pada 2006 sementara PBB dan SPDP menang semua kerusi.
SUPP diperuntukkan 19 kerusi, tetapi hilang lapan kerusi terutama kepada DAP sementara PRS yang diperuntukkan 10 kerusi, kalah kerusi Ngemah kepada Bebas.
Sarawak mempunyai 71 kawasan DUN.
Sejak akhir-akhir ini timbul cakap-cakap bahawa pilihan raya DUN mungkin diadakan tahun ini juga walaupun BN baru sahaja tewas dalam pilihan raya kecil Parlimen Sibu apabila calon SUPP gagal mempertahankan kerusi berkenaan setelah tewas kepada calon DAP.
Cakap-cakap itu menjadi lebih hangat diperkatakan selepas Ketua Menteri dan Pengerusi BN Negeri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada minggu lalu berkata bahawa "beliau telah memutuskan pilihan raya negeri akan datang akan diadakan pada `satu hari Sabtu'' tanpa mengulas lanjut maksudnya itu kepada pihak media.
Namun beliau menolak spekulasi bahawa pilihan raya akan diadakan pada Oktober berikutan terdapat beberapa pendapat dari pakar feng shui bahawa angka 10/10/10 atau 10 Oktober 2010, iaitu hari Ahad yang sesuai untuk diadakan pilihan raya negeri Sarawak.
Sudah pasti ramai pihak yang menunggu-menunggu hasil mesyuarat pada hujung minggu ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan