PETALING JAYA: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menerima anugerah Agensi Pembangunan Ekonomi Negeri Tahun 2009 oleh "The Business of the Year Awards 2009".
"Misi kami ialah untuk membawa pembangunan untuk memenuhi keperluan dan kehendak orang ramai tanpa kompromi tentang kualiti dan komitmen kepada persekitaran dan masyarakat," kata Pengurus Besar PKNS Othman Omar.
"Anugerah ini merupakan testimoni komitmen, dedikasi staf dan pengurusan PKNS serta pencapaian ini menjadi kenangan manis kerana PKNS meraikan ulang tahun ke 45," katanya.
Pada 2009, PKNS telah menyiapkan 26 projek baru meliputi 1,832 unit komersial dan kediaman di Shah Alam dan Bangi, lapor Bernama hari ini.
PKNS memainkan peranan penting sebagai katalis dan pemacu pembangunan ekonomi di Selangor. Hari ini, PKNS boleh berbangga dengan 11 taman perumahan, salah satunya ialah Shah Alam yang baru-baru ini memenangi anugerah sebagai "bandaraya yang paling berdaya tahan di Malaysia".
Penglibatan PKNS dalam bidang perniagaan baru yang menyediakan kemudahan inkubasi untuk usahawan tekno yang berpotensi dan menawarkan ruang pejabat untuk usahawan-usahawan yang baru memulakan perniagaan.
PKNS juga membiayai beberapa program pembangunan sosial di kawasan-kawasan luar bandar seperti penempatan semula setinggan dan membantu mereka yang kurang bernasib baik di kawasan-kawasan bandar di bawah "Program Prihatin Kerajaan".
Setinggan Sifar Selangor
Program ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan negeri Selangor ke arah mencapai matlamat Setinggan Sifar.
Sehingga tahun 2009, sebanyak 29,000 keluarga di seluruh Selangor telah berjaya ditempatkan semula dengan subsidi berjumlah RM130 juta yang diagihkan di bawah "Setinggan Sifar Kerajaan Negeri" yang dilaksanakan sejak 2001.
Dari 2001 hingga 2009, PKNS mengeluarkan sebanyak RM5.85 juta di bawah "Program Kerajaan Prihatin" dan sumbangan yang dijanjikan berjumlah RM1.0 juta setiap tahun.
thman berkata, "kami yakin PKNS dapat mempercepatkan pembangunan di kawasan-kawasan baru di Lembah Klang dan meneruskan kerja-kerja menaik taraf kawasan-kawasan yang sedia ada."
Tetamu kehormat pada Majlis Anugerah "The Business of the Year Awards 2009" anjuran SMI dan SME Worldwide Network ini ialah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dato’ Mukhriz Tun Mahathir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan