HALAMAN SANTAI

Khamis, 3 Jun 2010

Selcat: Bonus 10 bulan pertama staf Semesta lebih RM500,000


SHAH ALAM — Kumpulan Semesta Sdn Bhd telah membayar lebih RM500,000 sebagai bonus kepada kakitangannya dalam tempoh 10 bulan pertama ia beroperasi.

Pengarah Eksekutifnya Datuk Abdul Shukor Nahor mendedahkan perkara itu pada hari kedua sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) pagi ini.

“Jumlah bonus dibayar kepada staf Kumpulan Semesta hingga Jun 2009 adalah sebanyak RM503,613.59 dan sehingga akhir Disember 2008 RM137,500,” kata beliau hari ini.

Selcat sedang mengadakan pendengaran awam berhubung dakwaann wujudnya amalan rasuah membabitkan anak syarikat kerajaan negeri itu.

Dakwaan itu dibuat Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam.

Semalam Selcat mempertikaikan pengurusan kerajaan negeri Selangor yang dikatakan gagal mencapai unjuran perolehan hasil royalti pasir sebanyak RM127 juta bagi 2009.

Pengerusinya, Teng Chang Khim berkata, unjuran tersebut tidak seharusnya dibuat oleh kerajaan negeri memandangkan hasil pasir sebenar pada tahun tersebut hanya mencatatkan jumlah RM5.7 juta bagi tahun berkenaan.

Katanya, meskipun kerajaan negeri telah menubuhkan anak syarikat itu untuk menguruskan sumber berkenaan, unjuran berkenaan sebenarnya tidak praktikal selain menunjukkan perbezaan yang amat besar berbanding perolehan sebenar yang diterima oleh kerajaan negeri.

Tiada ulasan: