KELAB GREENBOC
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata ahli Parlimen yang melompat dan meninggalkan KEADILAN sebagai anggota Bebas adalah individu yang mempunyai masalah peribadi dan kecewa serta tidak sanggup jatuh bangun bersama perjuangan parti.
Menurut Nurul Izzah mereka juga adalah daripada golongan pemimpin yang sanggup mengkhianati kepercayaan rakyat yang diberikan kepada mereka mewakili KEADILAN.
Justeru itu beliau menegaskan ketiadaan kelompok yang telah membelot ini dalam KEADILAN sebagai satu hikmah kepada semua ahli parti yang setia.
"Pada kami di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah, untuk menukar kerajaan daripada Umno-Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat bukan suatu perkara yang sudah diduga, ia bagi kami adalah suatu yang luar biasa, diluar jangkaan tetapi kerana rakyat di negeri-negeri tersebut sudah muak dengan kerajaan Umno-BN maka perubahan pun dilakukan oleh rakyat sendiri dalam PRU ke-12 yang lalu," tegas Nurul Izzah pada majlis makan malam anjuran KEADILAN Cabang Putatan semalam.
Katanya, Pakatan Rakyat mempelajari daripada rakyat Sabah yang mempunyai pengalaman luas menukar kerajaan Usno-BN kepada Berjaya-BN dan kemudianya PBS dan kini Umno-BN.
"Tidak ada sebab mengapa rakyat tidak boleh tukar kerajaan Umno-BN kepada Pakatan Rakyat di Sabah kerana Umno-BN di Semenanjung dan Sabah sama sahaja jenamanya?" sindir Nurul Izzah sambil tersenyum.
Ahli parlimen muda itu menjelaskan pemimpin dalam Umno-BN kini berantakan sama sendiri dan akibatnya mereka sudah saling tidak percaya antara satu sama lain.
Malah kewibawaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga sering dipertikaikan oleh ahli Umno sendiri kerana pimpinannya tidak dinamik, ekonomi negara terus menjunam dan subsidi untuk rakyat bakal dihapuskan.
"Bahananya rakyat akan rasa dalam beberapa bulan lagi. Ketika itu rakyat akan tanya diri sendiri pada siapa yang perlu diundi kalau bukan Pakatan Rakyat?" kata beliau.
Seorang lagi tokoh politik muda, Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia yang hadir pada majlis makan malam itu berkata Najib berbangga melaungkan bahawa Sabah dan Sarawak merupakan satu simpanan tetap atau 'fixed deposit' buat Umno-BN atas andaian walau tsunami politik hebat bergelora di Semenanjung, namun rakyat kedua negeri itu akan tetap berdiri teguh di belakang Umno-BN.
"Namun “tilikan” PM 1Malaysia nampaknya mulai kurang bersinar dengan kekalahan di pilihan raya kecil Sibu baru-baru ini. Pada hal Sibu adalah kubu kuat Barisan Nasional yang didakwa sebagai "fixed deposit".
"Sikap angkuh Umno-BN memang merupakan satu tradisi turun-temurun walaupun mereka tahu bahtera Umno-BN kemegahan mereka sedang meniti hari-hari kiamatnya, hanya menunggu hari Umno-BN akan "lebur terkulai layu" sahaja. Namun untuk menyedapkan hati masing-masing, maka Umno-BN berusaha gigih mewar-warkan cerita dongeng yang Pakatan Rakyat sedang pecah-memecah pada hal kerosakan dalaman Umno-BN yang kian condong menyembah bumi," kata Nik Nazmi.
Turut hadir termasuk Ketua Cabang Putatan, Ahmad Sah Sahari yang berharap semangat Pakatan Rakyat mampu membawa perubahan politik yang sangat didambakan rakyat Sabah. -SK
5 ulasan:
kemenangan PRK di Sibu telah memberi semangat baru kepada PRK untuk menawan Sabah dan Sarawak. samada Sabah dan sarawak yang di anggap sebagai "simpanan tetap" BN akan terus bersama BN ataupun beralih kepada kerajaan baru PKR, itu semua ada ditangan rakyat. kita tunggu ja pada pilihanraya umum ke 13 nanti.
pembaharuan tidak semestinya sabah memerlukan kerajaan baru. kemenangn PRK di sibu tak bermakna PKR boleh menawan sabah. sabah merupakan kubu kuat BN. apa-apapun, rakyat mempunyai hak memilih pemimpin mereka.
memang sabah memerlukan banyak perubahan, namun ini tidak bererti sabah memerlukan kerajaan baru untuk memerintah mereka..kekalahan BN di Sibu menjadi menjadi iktibar kepada BN untuk menguatkan lagi jentera mereka terutmanya di Sabah dan Sarawak.
Sama2 lah kita tengok apa yang berlaku next GE nanti. Memang rakyat sabah perlukan perubahan tapi tak bermakna pembaharuan itu harus dibuat oleh kerajaan baru. so, tunggu dan lihat ja la nanti.
Betul 2718. Takda manusia yg sempurna didunia ni. Jadi daripada asyik memburukkan pihak lain, better berusaha utk tarik kepercayaan rakyat & bersainglah secara adil. Kerana rakyat hanya akan memilih pemimpin yg adil.
Catat Ulasan