HALAMAN SANTAI

Sabtu, 5 Jun 2010

Warga asing turut terima pingat daripada Agong

BERNAMA



Beberapa warga asing turut dianugerah dengan darjah kebesaran sempena keputeraan Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Mereka ialah Pengerusi The Nippon Foundation Yohei Sasakawa yang menerima darjah Panglima Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran Tan Sri.

Ketua Polis Republik Indonesia Jeneral Polisi Drs. Bambang Hendarso Danuri menerima darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang juga membawa gelaran Tan Sri.

Daripada seramai 42 orang yang menerima darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk, tiga adalah rakyat asing.

Mereka ialah Ketua Polis Kepala Badan Narkotik Nasional Komisaris Indonesia Jenderal Polisi Drs Gories Mere, Setiausaha Agung Islamic Financial Services Board (IFSB) Prof Rifaat Ahmed Abdel Karim dari Sudan dan bekas Pakar Perunding Bedah Kehormat Kementerian Kesihatan Prof Russell Walker Strong dari Australia.


Tiada ulasan: