Salmah Mat Husain |
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyifatkan kenyataan Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh yang tidak akan berkompromi terhadap penubuhan negara Islam, hanya bersifat peribadi. Menurut Tuan Guru, beliau belum lagi mendengar secara rasmi DAP sendiri menolak Islam, kecuali penolakan daripada peribadi tertentu sahaja. Beliau bagaimanapun bersyukur kerana DAP sudah bersatu dalam Pakatan Rakyat sehingga berjaya membentuk beberapa buah negeri dalam pilihan raya umum lalu. “Itu (tak terima konsep Islam) hanya pandangan peribadi Karpal sahaja, malah saya sendiripun sudah banyak kali bertanya, tak kena di mana Islam? “You sebut Islam tak betul dengan hujah yang tak pasti, tetapi selagi you tak boleh menyebut Islam ini tak betul sama ada dari segi akidah, muamalah, saya nak tinggal Islam pun tak boleh, you tak terima Islam pun tak betul,”ujarnya lagi. Sambungnya, Islam ada asasnya iaitu dunia ini bukan manusia yang punya tapi hak Allah. Tegasnya, bila ianya hak Allah, makna setiap manusia itu tidak boleh pandai-pandai menolak Islam. “Mulut saya yang bercakap ini, telinga dia yang mendengar bukan saya atau dia yang buat, mulut saya dibuat oleh Allah, telinga pada dia tu Allah yang buat, udara yang kita bernafas ini Allah yang buat,”ujarnya lagi. Tuan Guru berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Karpal Singh dalam wawancaranya dalam sebuah portal semalam yang mendakwa tetap akan menolak kerajaan yang berkonsepkan Islam. Bagi Karpal, Malaysia adalah sebuah negara sekular berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan dan adalah mustahil DAP mengubahnya untuk menjadikan negara Islam. |
HALAMAN SANTAI
Khamis, 1 Julai 2010
Nik Aziz anggap pandangan peribadi Karpal Singh
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan