HALAMAN SANTAI

Khamis, 5 Ogos 2010

1 Malaysia: PAS dakwa Najib tiada sokongan Umno

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Pemimpin-pemimpin PAS mendakwa kenyataan timbalan perdana menteri dan bekas perdana menteri minggu ini menunjukkan Datuk Seri Najib Razak tidak mendapat sokongan padu dalam menjayakan konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan awal tahun lalu.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kenyataan-kenyataan terbaru dengan sendiri mengesahkan dakwaan bahawa Perdana Menteri keseorangan dalam memperjuangkan konsep 1 Malaysia.

"Ahli Umno sendiri yang mensabotaj idea 1 Malaysia yang dibawa Najib. Khairy (Jamaluddin) pernah kata hanya dia dan Najib (Razak) saja yang reformis dalam Umno dan yang lain semua ultra konservatif," kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat itu turut menyatakan betapa konsep ini tidak sesuai diamalkan dalam parti yang tidak mahu berubah seperti Umno, tetapi menjadi pegangan Pakatan Rakyat yang memperjuangkan keadilan dan kesaksamaan kaum.

"Kita (Pakatan Rakyat) menghayati tanpa melaung slogan kerana kita mahukan Malaysia baru dalam politik baru yang kita bawa," katanya.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad juga mempunyai sentimen yang sama bahawa konsep ini memang dimahukan rakyat Malaysia tetapi bukan ahli Umno.

"Dalam satu tinjauan, kadar penerimaan kepimpinan Najib meningkat selepas 1 Malaysia. Maknanya rakyat ingin konsep ini jadi kenyataan tetapi Umno sendiri menghalang perkara ini dari direalisasikan," kata beliau yang minggu telah mengakhiri hukuman penggantungan selama enam bulan.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’Lo’ Mohd Ghazali pula hairan kerana Muhyiddin mengulas kenyataan itu tatkala Najib bercuti di luar negara.

"Najib sedang bercuti. Kenapa Muhyiddin tak cakap di hadapan Najib?" kata yang juga ahli jawatankuasa kerja PAS pusat.

Semalam, Muhyiddin berkata langkah untuk memberi penjelasan mengenai konsep 1 Malaysia memang wajar dilakukan dan sedang dijalankan oleh kerajaan untuk memberi penerangan secara terperinci kepada rakyat mengenainya.

Kata Muhyiddin beliau yang bersetuju dengan pandangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir

Mohamad berkata kerajaan tidak menjangkakan rakyat akan dapat memahami konsep itu selepas setahun ia diperkenalkan oleh Najib dalam pentadbirannya.

Bagaimanapun, katanya terdapat rakyat yang sudah mula dapat memahaminya.

Kelmarin Dr Mahathir berkata kerajaan perlu menjalankan program penerangan secara menyeluruh bagi memperjelaskan konsep 1 Malaysia secara terperinci kepada seluruh masyarakat berbilang kaum di negara ini bagi mengelak berlakunya kekeliruan.

Tiada ulasan: