| Hazlan Zakaria |
"Saya tidak pasti sama ada janji-janji itu dipersetujui pada peringkat kepimpinan (Pakatan). Namun tidak mungkin DAP akan mengumumkannya jika tanpa persetujuan PAS dan ketua pembangkang, Anwar Ibrahim," katanya.
Ditanya sama ada DAP sewajarnya memberi tumpuan kepada perkara lebih penting dan bukannya menaburkann janji-janji berbentuk populis, Zaid berkata Pakatan komited untuk memerangi rasuah dan membasmi kemiskinan serta salah-guna kuasa.
"Namun beberapa (janji) populis tidak ada masalah,” kata Zaid.
"Sehubungan itu, setkat ini ia kekal sebagai cadangan DAP," jelasnya.
Melihat janji-janji DAP itu, Saifuddin berkata dia tidak melihat sebarang masalah bagi Pakatan memenuhi cadangan berkenaan.
Naib presiden PAS Salahuddin Ayob juga bersetuju dan berkata dasar 'negeri berkebajikan' or telah sentiasa menjadi teras falsafah Pakatan Rakyat.
Umno berpeluh
Malah, Salahuddin berkata jika Pakatan diberi mandat memerintah negara, mereka akan menghulurkan lebih banyak bantuan kepada rakyat kerana mampu menjimatkan wang dengan mengurangkan rasuah dan pembaziran wang negara.
Seorang lagi naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang juga mengakui tidak tahu mengenai janji-janji DAP itu tetapi berkata tidak apa yang perlu dipertikaikan mengenainya.
"Ini tidak ada sebarang kontroversi, ia bukan seperti cadangan menghapuskan 30 peratus ekuiti bumiputera yang dibuat oleh presiden MCA, Chua Soi Lek.
"Umno berpeluh apabila presiden MCA itu membuat cadangan berkenaan,” katanya sinis.
J
Jumaat lalu, setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng mengumumkan bahawa parti itu akan memberikan beberapa habuan sekiranya Pakatan Rakyat membentuk kerajaan persekutuan yang baru pada pilihan raya umum akan datang.
Antara habuan itu termasuk membuat bayaran RM1,000 dalam bentuk tunai kepada semua warga emas yang berusia 60 tahun ke atas.
Selain itu, beliau juga berjanji Pakatan Rakyat akan menghapuskan amalan saman ekor yang menyenarai-hitamkan pemilik kenderaan daripada memperbaharui cukai jalan mereka.
"Kami juga akan membekalkan wifi percuma di seluruh Malaysia,” kata Lim yang juga adalah Ketua Menteri Pulau Pinang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan