HALAMAN SANTAI

Rabu, 18 Ogos 2010

PBT Selangor di bawah pemantauan juruaudit


Khalid Ibrahim Oleh Rahmah Ghazali

SHAH ALAM: Kesemua 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor berada di bawah pemantauan juruadit berikutan kontroversi menyelubungi surat-surat sokongan yang dikeluarkan oleh ahli majlis, terutama yang berkaitan dengan pemecatan Tee Boon Hock, ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Bercakap kepada para pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di sini hari ini, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, juruaudit-juruadit negeri mula meneliti laporan terhadap Tee.

"Mengaudit kontrak di bawah MPK adalah satu permulaan dan ini akan meliputi semua PBT, katanya, menambah laporan audit untuk MPK akan disiapkan menjelang minggu depan.

"Mereka (para juruaudit) telah memulakan tugas mereka untuk seminggu setengah. Saya diberitahu laporan-laporan hampir siap sekarang ini dan minggu depan. Saya akan membuat pengumuman kemudian nanti tentang MPK," katanya.

Kerajaan negeri berkata, sebelum ini tugas mengaudit kontrak adalah diwajibkan untuk memastikan sama ada atau tidak surat-surat sokongan yang dikeluarkan mempengaruhi proses membuat keputusan.

Bagaimanapun, mereka belum memutuskan sama ada untuk memansuhkan penggunaan surat-surat sokongan walaupun mereka diserang oleh ahli-ahli politik, luar dan dalam parti, menyatakan surat-surat ini menggalakkan rasuah.

Hari ini, kerajaan negeri sekali lagi menegaskan bahawa mereka tidak akan menolak penggunaan surat-surat sokongan kerana "kami merasakan bukan mudah untuk dilaksanakan.

"Tapi kami membuat cadangan bahawa kepada ahli-ahli majlis, ahli dewan undangan negeri dan ahli-ahli parlimen supaya tidak dengan bebas mengeluarkan surat-surat tersebut kerana kami merasakan surat-surat sokongan itu tidak memberi kesan dalam proses membuat keputusan," katanya.

Apabila disoal kenapa kerajaan negeri tidak memansuhkan sahaja surat sokongan itu beliau berkata, "…..kami tidak mahu mengetatkan syarat-syarat kerana kami rasa bukannya mudah untuk dilaksanakan," katanya.

Tee dipecat dari jawatannya sebagai ahli MPK minggu sudah, kerana kerajaan negeri mendapati beliau salah dari segi etika dalam mengeluarkan surat-surat ini untuk mendapatkan kontrak perniagaan, termasuk untuk syarikat milik anaknya.

Tiada ulasan: