HALAMAN SANTAI

Rabu, 25 Ogos 2010

Penemuan Suruhanjaya DiRaja Tidak Pernah Dicabar, ujar Karpal.


TV SELANGOR

Singa Bukit Jelutong hari ini membidas keras keputusan mahkamah rayuan membenarkan VK Lingam dan dua mantan Ketua Hakim Negara mencabar keputusan suruhanjaya yang dilantik dibawah kuasa Yang Di-Pertuan Agong untuk membongkar skandal percaturan perlantikan hakim-hakim.

Karpal Singh berkata pihak berkuasa seharusnya bertindak keatas pesalah-pesalah terbabit berdasarkan kepada saranan dan penemuan suruhanjaya itu, dan bukannya mencabar keputusan Suruhanjaya Diraja.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan bersama Lingam, Eusoff, Ahmad Fairuz, Vincent Tan dan Tengku Adnan Mansor yang mahu mencabar keputusan Suruhanjaya Diraja.

Tan dan Tengku Adnan bagaimanapun menarik-balik rayuan mereka sebelum ia didengarkan semalam. Manakala dalam kes yang sama, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak meminta penemuan suruhanjaya disemak-semula.

Karpal berkata keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur adalah tepat dan tidak pernah dalam sejarah negara ada pihak mencabar penemuan suruhanjaya diraja.

Dengan keputusan mahkamah rayuan ini, permohonan VK Lingam mencabar siasatan Suruhanjaya Diraja akan didengar semula di Mahkamah Tinggi.

"Mahkamah Rayuan telah berlaku salah dalam keputusannya dengan membenarkan rayuan itu. Apa yang sepatutnya dilakukan oleh pihak berkuasa adalah mengambil tindakan berdasarkan saranan dan penemuan, dan bertindak keatas individu-individu terbabit," kata Karpal.

Dengan merujuk kepada insiden mata lebam Anawr Ibrahim pada 1999, Karpal menjelaskan pihak berkuasa mengambil tindakan berdasarkan kepada saranan Suruhanjaya dengan mendakwa bekas Ketua Polis Negara Abdul Rahim Noor.

"Ini yang sepatutnya dilakukan (dalam kes Lingam)," kata Karpal Singh lagi.

Terdahulu, Karpal pernah menawarkan khidmat untuk mendakwa Lingam di bawah Akta Profesyen Perundangan, namun tidak dilayan oleh Peguam Negara.

Tiada ulasan: