HALAMAN SANTAI

Rabu, 25 Ogos 2010

Misteri Kehilangan RM1.825 Bilion Di Sarawak

TV SELANGOR

KUCHING - Bilionair Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib Mahmud kembali mendapat tumpuan dan kali ini berhubung RM1.825 bilion yang diperuntukan kepada "orang-orang yang tidak dikenali" pada 2009.

Dalam satu pendedahan mengejutkan, para penyiasat mendakwa jumlah itu lebih dari separuh dari Belanjawan Pembangunan Negeri.

Sarawak Report, yang mendedahkan angka itu, yang boleh diperolehi dalam laporan DAP berkata, Taib gagal mencatat RM4.8 bilion ke dalam akaun perbelanjaan kerajaan dalam tempuh tiga tahun lalu sahaja (termasuk 2009).

Berikut ialah sedutan dari artikel yang dimuat ke dalam portal:

Projek-projek rahsia

DAP, yang baru-baru ini memenangi pilihan raya kecil parlimen Sibu dengan menewaskan Barisan Nasional, mendedahkan Belanjawan Alternatif 2010 yang disembunyikan, di mana mereka mendesak supaya disemak semula mengikut kaedah perakaunan yang betul. Ini supaya rakyat benar-benar tahu bagaimana wang mereka dibelanjakan.

Ini adalah hak mereka dan demikian juga di bawah undang-undang Malaysia, sejajar dengan kehendak negara-negara di dunia yang bertamadun.

Angka DAP itu menunjukkan Taib, bukan sahaja memperuntukan 80% dari keseluruhan belanjawan pembangunan negeri kepada tiga kementerian yang bertanggngjawab terus kepada beliau tetapi apa yang lebih memeranjatkan ialah, kebanyakan wang itu telah dibelanjakan ke atas "projek-projek rahsia" tanpa sebarang maklumat mengenainya.

Dalam keadaan sebegini, rakyat Sarawak menganggap wang itu telah dicuri.

Taib berfikir beliau dapat melepaskan diri dengan tidak memberitahu rakyat di mana beliau membelanjakan wang itu. Tetapi apa yang pasti ialah projek-projek rahsia ini tidak ada satu pun yang memberi manfaat kepada rakyat miskin di mana tanah mereka telah diambil untuk tujuan penanaman kelapa sawit yang kini dimiliki oleh beliau dan konco-konconya.

Jadi apa yang sedang berlaku dan bagaimana ke semua wang ini hilang? Dokumen belanjawan DAP menyediakan analisa secara terperinci.

Pertama, ia menggariskan tahap penguasaan seorang individu bahawa Taib bertanggungjawab terhadap perbelanjaan Sarawak.

Beliau secara peribadi menguruskan ketiga-tiga jabatan utama yang berbelanja besar di negeri itu. Ini bermakna setiap perbelanjaan mesti melaluinya dan tidak ada menteri lain boleh berbuat apa-apa tanpa mendapat kebenarannya.

Ketiga-tiga kementerian itu khususnya (Kementerian Kewangan, Kementerian Sumber dan Perancangan dan Kementerian Ketua Menteri) menguasai 80% dari Belanjawan Pembangunan.

Kementerian-kementerian ini membelanjakan tiga perempat dari jumlah belanjawan itu walaupun kebanyakan projek sepatutnya dikendalikan di bawah jabatan-jabatan yang berlainan.

Kedua, dokumen-dokumen ini menerangkan sistem perahsian yang dibentuk untuk menyalurkan lebih dari separuh dari jumlah wang ini.

Di mana wang tersebut?

Dalam tempuh beberapa tahun lalu, Taib membentuk satu kategori yang menjadi misteri bernama "Sumbangan Kerajaan Ke Arah Agensi Dana Amanah Yang Diluluskan" di mana wang itu disalurkan.

Tidak ada spesifikasi siapa "Agensi-Agensi Yang Diluluskan" atau kepada Dana Amanah yang mana satu wang telah disalurkan dan kerajaan berkali-kali enggan menyediakan maklumat tentang perkara ini apabila diminta.

Boleh jadi wang ini disalurkan kepada emak saudara, kakak, sepupu, anak-anak atau perempuan simpanan….. bagaimana seseorang itu boleh tahu dan apa hak beliau menyimpan rahsia ini?

Maka dalam tahun 2009 sebanyak RM1.825 bilion (59.3% dari keseluruhan belanjawan negeri yang berjumlah RM2.430 bilion) tidak tercatat dalam akaun Belanjawan Pembangunan mengikut perkiraan DAP.

Dalam 2008, ia berjumlah RM1.719 bilion (60% dari jumlah RM2.865 bilion) dan pada 2007, ianya sebanyak RM1.257 bilion (54.8% dari jumlah RM2.294 bilion).

Ada benarnya DAP menimbulkan persoalan ini, mengenai apa gunanya mengaudit 40% dari belanjawan itu jika bakinya sebanyak 60% dirahsiakan? - FMT

17 ulasan:

Anak Sabah berkata...

Diharapkan SPRM akan menjalankan penyaisatan terhadap projek rahsia tersebut.

Tanpa Nama berkata...

perkara ini perlu disiasat dgn teliti dan diperjelaskan kepada rakyat.

Unknown berkata...

DAP yakin dengan semua ini berlaku.Jika betul, serahkan saja kepada pihak yang berkuasa untuk menyiasat. Penjelasan juga perlu dari KM sarawak berkenaan masalah ini.

Tanpa Nama berkata...

serahkan saja semua bukti2 itu terus ke sprm.. buat laporan dan biar pihak2 yang berkenaan yang buat siasatan.

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

pekara ini memerlukan siasatan. KM Sarawak juga perlu memberi penjelasan agar rakyat faham mengenai apa yang sebenarnya berlaku.

mantra berkata...

perkara ini bukan perkara remeh, ia perlu disiasat dan diperjelaskan kepada rkyat. wang itu adalah wang rakyat.

Bujang Senang berkata...

RM1.825 juta? itu adalah jumlah yang sangat banyak. Perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu saja. harap siasatan perlu dilakukan mencari kemana hilangnya jumlah wang tersebut.

azman berkata...

siasatan perlu dilakukan berhubung pekara ini. penjelasan juga diperlukan kerana ia melibatkan jumlah yang banyak.

POP berkata...

That's a lot.Who would have stole it?

Paquin berkata...

aiks, ada ja isu pasal si Taib ni oo.. adiii.

Paquin berkata...

Serahkan ja hal ni pada pihak berkuasa. Susah juga mahu buat tuduhan kalau takda bukti pun. Buang masa ja!!!

Paquin berkata...

Tapi kalau setakat isi masa lapang, kira OK juga la baca gosip begeni. hehehe

Paquin berkata...

Tapi kalau setakat isi masa lapang, kira OK juga la baca gosip begeni. hehehe

Paquin berkata...

Setuju Badrul. Taib perlu perjelaskan hal ni. Manakala yang buat dakwaan ni, bagi lah bukti kalau mahu hal ni cepat selesai.

Paquin berkata...

Jangan hanya buat andaian semata-mata. Biar hal ni disiasat terlebih dahulu.

Tanpa Nama berkata...

Wow! Rm1.825 Billion hilang? Perkara ini harus disiasat dengan teliti dan thoroughly. Projek rahsia ini juga perlu disiasat. RM1.824 billion bukanlah jumlah yang kecil.