HALAMAN SANTAI

Rabu, 4 Ogos 2010

Projek Malaysia Oleh Tunku Gagal – kata forum


sabah sarawak map_250_250 Oleh Luke Rintod

KOTA KINABALU: Projek Malaysia yang diilhamkan oleh bekas perdana menteri Tunku Abdul Rahman dan para pemimpin Borneo, Donald Stephens dan Temenggong Jugah 47 tahun lalu ternyata gagal, demikian menurut pelbagai pihak dan cendikiawan.

Dalam beberapa siri kertas kerja yang disampaikan pada forum sehari bertajuk "Pembentukan Malaysia Dilihat Semula dan Hala Tuju Masa Depan", para pembentang kertas kerja menyimpulkan bahawa apa yang dipersetujui oleh tiga tokoh tersebut dan apa yang sebenarnya berlaku pada tahun-tahun berikutnya adalah seperti ayunan jarum jam.

Kelima-lima kertas kerja yang dibentangkan dan dibincangkan pada majlis forum yang bersejarah Sabtu lalu mengenai kelahiran Persekutuan Malaysia dan kesannya ke atas Sabah dan Sarawak 40 tahun lalu mencatatkan bahawa hak negeri-negeri menjadi isu kurang penting berbanding keselesaan politik.

Setiausaha Agung CigMa Kanul Gindol berkata, forum berjaya mencapai diskusi intelektual mengenai kelebihan dan kekurangan pembentukan Malaysia.

"Ia merupakan satu diskusi yang hidup dan berjaya menarik orang ramai dari segenap lapisan masyarakat. Mereka termasuk pemimpin lalu dan masa kini seperti Ayub Aman, abang bekas ketua menteri Sabah Amirkahar Tun Mustapha, para pemimpin PKR seperti Christina Liew dan Baru Bian, kakitangan kerajaan yang telah bersara, ahli-ahli akademik, para peguam, guru-guru, ahli-ahli politik, para pelajar dan rakyat biasa," katanya.

Kitingan, adik Timbalan Ketua Menteri Joseph Pairin Kitingan, dalam kertas kerjanya, menimbulkan fakta dan ‘rahsia’, bagaimana kuasa-kuasa persekutuan telah menekan negeri melalui banyak peristiwa sejak 1963.

Kertas kerja itu juga menyebut bagaimana para pemimpin Sabah telah diperdaya untuk mempercayai apa sahaja ikrar dan janji yang dibuat oleh para pemimpin di Semenanjung.

Menggunakan angka-angka, beliau menerangkan bahawa masyarakat Kadazandusun, yang suatu ketika dahulu merupakan kaum majoriti yang dominan di Borneo Utara/Sabah telah dipinggirkan.

Beliau juga bercakap mengenai kemunculan orang-orang Melayu yang disebut sebagai kumpulan baru di Sabah yang kini berjumlah 300,000 orang berbanding 18,000 orang pada tahun 1970an.

Sabah berpecah kepada lima negeri

Lulusan Harvard itu juga menyebut bagaimana para pemimpin Malaya yang terkemudian berjaya mengalih kuasa kepada Semenanjung sejak pembentukan persekutuan pada 1963.

"Dalam tahun 1963, kami mempunyai persamaan 50:50 perwakilan di Parlimen melalui 11 buah negeri di Malaya dan satu kumpulan lain yang terdiri dari Sabah, Sarawak dan Singapura.

"Apabila Singapura meninggalkan Malaysia atau ditendang keluar dari persekutuan pada 1965, 15 kerusi mereka sepatutnya diagihkan kepada Sabah dan Sarawak. Tetapi apa yang berlaku ialah Malaya mengambil tujuh kerusi dan bakinya lapan kerusi di bahagikan kepada Sabah dan Sarawak.

"Kemudian pada 1972 dan 1974, kawasan Parlimen baru dicipta dan kesemuanya terletak di Malaya. Dari sana, Sabah dan Sarawak kehilangan kuasanya bagi menghalang sebarang undang-undang diluluskan di Parlimen. Jadi para pemimpin di Semenanjung boleh melakukan apa saja yang mereka suka kepada persekutuan," katanya.

Kitingan, naib presiden PKR, dalam kertas kerjanya mencadangkan bahawa Sabah dibahagi kepada lima negeri dan Sarawak kepada tujuh dan jumlah perwakilan di Parlimen bagi negeri-negeri Borneo harus seimbang dengan jumlah perwakilan di Semenanjung.

Beliau menerangkan Laporan Suruhanjaya Cobbold terlebih dahulu memberi amaran bahawa, "jika idea Malaysia ialah untuk "mengambil" Sabah dan Sarawak serta menenggelamkan kewujudan pelbagaian kaum di Sabah dan Sarawak maka Malaysia tidak boleh diterima sebagai sebuah negara atau gagal."

Keikhlasan dicurigai

Pemimpin veteran Malaysia dan pengasas Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) James Wong berkata, "untuk mempromosi nama Malaysia bukannya mudah." Bagaimanapun kertas kerjanya dibacakan oleh Ketua PKR Sarawak Baru Bian.

Beliau mendedahkan mengenai wujudnya perasaan curiga terhadap keikhlasan dalam tempuh masa tersebut dan ini diperlihatkan oleh Temenggong Jugah apabila beliau berkata dalam bahasa Iban, "Anang Malaysia sebaka tebu, manis di pohon, tawal diujung".

Maksudnya, Malaysia tidak sepatutnya menjadi seperti tebu, manis di bahagian pangkal (kepala) dan semakin kurang manis di hujungnya.

Ini merupakan satu tekaan yang terbukti benar apabila Sabah dan Sarawak berada di bawah senarai angka tunjuk kemajuan di Malaysia, katanya.

Wong menyatakan bahawa pada peringkat awal dalam tahun 1950an, sudah terdapat usaha untuk menyatukan Borneo Utara, Sarawak dan Brunei tapi para pemimpin Borneo Utara enggan sebab Sarawak menghadapi ancaman komunis, tidak seperti Borneo Utara.

Konsep penggabungan dalam Persekutuan Malaysia menjadi kenyataan berikutan Laporan Suruhanjaya Cobbold memperincikan maklumat bahawa kerajaan pusat akan menjadi kuat dan menjamin keamanan tetapi aspirasi dan keperluan tempatan hendaklah diiktiraf dan dipelihara.

Laporan itu dengan jelas menyebut, "adalah satu syarat yang perlu, sejak mula, bahawa Malaysia harus dianggap oleh semua pihak, sebagai sebuah persatuan rakan kongsi, di mana kepentingan bersama digabungkan untuk mencipta sebuah negara tetapi mengekalkan identiti etnik masyarakat yang berbagai," kata Wong.

Karim Ghani, yang memainkan peranan penting membawa Umno ke Sabah, dalam kertas kerjanya mengingatkan bahawa penduduk Sabah tidak lagi boleh mengharapkan penguasaan terhadap pentadbiran negeri tanpa bantuan dari ratusan ribu pendatang tanpa izin yang menetap di negeri itu.

Sorakan "boo" dan "tipu"

Bagaimanapun, diskusi itu menjadi lebih hangat apabila Ayub Aman, abang Ketua Menteri Musa Aman mendakwa semua rakyat Malaysia dilayan dengan saksama sebagai respon kepada John Brian dari Kesatuan kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU), yang mengadu mengenai terdapat usaha dipinggirkan dari segi peluang-peluang.

Bekas Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan pada era parti Berjaya itu kelihatan terperanjat dan agak bingung apabila kenyataannya itu menerima sorakan "boo" dan laungan "tipu" dan "tidak ada layanan yang sama terhadap Kadazandusun dan Dayak."

Ayub juga menyalahkan rasuah yang berleluasa dalam politik Sabah, menyebabkan rakyat menjadi korup.

S Venugopal dari SLA juga membentangkan kertas kerja memperincikan mengenai pelanggaran terhadap politik persamaan dan gabungan rakan kongsi.

Forum sehari itu dianjurkan oleh dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Borneo Heritage Foundation (BHF) dan Cigma atau Kumpulan Kepentingan Bersama Malaysia.

9 ulasan:

joey berkata...

pada saya apa yang penting masa ini adalah, fokus untuk memajukan Sabah dan Malaysia. keseimbangan perlu diwujudkan dan isu-isu yang timbul perlu diselesaikan.
bukan hanya menyalahkan tetapi semua pihak perlu bersatu dalam menyumbang kepada penambahbaikan.

Tanpa Nama berkata...

ya.. kita perlu tumpukan perhatian kepada pembangunan Sabah. penambaikan perlu dilakukan dari masa ke semasa bagi memastikan sabah bertambah maju.

Anak Sabah berkata...

Macam mana ni?

Ted Medresher berkata...

kerajaan patut sedar dengan semua kegagalan ini dan mengambil langkah2 memperbetulkan kesilapan tersebut.

mantra berkata...

sabah perlu bangkit untuk mempertahankan hak2 mereka. tumpukan kepada pembangunan negeri sabah.

zam berkata...

beri perhatian terhadap pembangunan di Sabah. setiap isu atau masalah yang timbul hendaklah diselesaikan. kita perlu memastikan negeri dan negara kita menjadi lebih maju pada masa akan datang.

Hamdan Hadillah berkata...

utamakan sabah dalam pembangunan. Tidak ada yang gagal jikalau sabah mempunyai pemimpin yang bijak.

Unknown berkata...

As they say, failure is not acceptable but it is obvious that the failure of Malaysia Federation is failing. If the Feds doesn't realize the mistakes and amends it and also fail to recognize problems arises in both Sabah and Sarawak, then this shall be their one and only downfall.

Unknown berkata...

Susahlah kalo begini....apa2x pun harap kerajaan akan memberi lebih byk focus kepada pembangunan sabah.