HALAMAN SANTAI

Khamis, 28 Oktober 2010

MB: Aset air Selangor RM11b, bukannya RM1b

BERNAMA

SHAH ALAM — Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini berkata nilai aset air kerajaan negeri adalah RM10.98 bilion dan bukannya RM1 bilion.

“Kerajaan negeri mendapati rekod aset loji pembekalan dan loji pengagihan air tidak lengkap malah tertinggal dalam rekod milikan kerajaan negerinya,” katanya pada satu sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Abdul Khalid berkata demikian sebagai mengulas Laporan Ketua Audit Negara 2009 yang dikeluarkan Isnin lepas bahawa kerajaan Selangor berhutang dengan kerajaan pusat sebanyak RM829.86 juta, dan 75 peratus daripada jumlah itu melibatkan hutang aset air.

“Jika kerajaan negeri mengambil alih pengurusan air dan menyerahkan asset ini kepada Perbadanan Aset Air Bhd yang ditubuhkan di bawah Akta Industri Air, kerajaan negeri bukan sahaja dapat melangsaikan hutang tersebut tetapi menambah milikan lebih RM9 bilion,” katanya.

Abdul Khalid berkata hutang itu sepatutnya dibayar oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) seperti yang dipersetujui dalam perjanjian penswastaan bekalan air Selangor antara SYABAS, kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.

2 ulasan:

Unknown berkata...

Abdul Khalid berkata, "hutang itu sepatutnya dibayar oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) seperti yang dipersetujui dalam perjanjian penswastaan bekalan air Selangor antara SYABAS, kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan".

Aik, sejak bila Khalid guna pakai perjanjian penswastaan ini? Bila SYABAS pakai, depa tak mau. Bila SYABAS gunakan perjanjian utk tuntut kenaikan tarif sepertimana yg dipersetujui, Khalid sanggup bawa isu ini ke court.

Tak faham2..Khalid kena bijak..Isu ini tak boleh diheret lama2. Ia perlu disegerakan. Andai PR jatuh dlm PRU13 di Selangor, at least Khalid dah settle pasal isu air ni.

Tanpa Nama berkata...

Betul tu laxmana,

Aku ni org Kdh. Aku phm knp kerajaan Kdh naikkan tarif ayaq. Penang pun begitu jgk. Mrk buat lagu tu utk kebaikan rkyt..Pasai Selangor ni nmpk ketegaq jugaklah.

Bersungguh depa hentam SYABAS..Tp yg peliknya Khalid dgn Faekah je yg byk hentam. Exco lain senyap je.

Depa smpi nak bawak kes ni pi jumpa istana la..aku tkt nanti klu istana pun skg SYABAS, depa pulak akan bantai istana..Depa tu bkn betui sgt!