HALAMAN SANTAI

Khamis, 28 Oktober 2010

Qatar paling sedikit kes rasuah, kata TI

BERNAMA

DUBAI – Qatar paling sedikit melakukan rasuah di kalangan negara-negara Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA), diikuti oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE), menurut Transparency International (TI).

Dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2010, TI yang meninjau 178 negara, mendapati Qatar berada pada ranking ke 19 di peringkat global sementara UAE pada kedudukan ke 28, naik dua anak tangga dari indeks sebelumnya.

CPI meletakkan UAE lebih tinggi dari Oman (41), Bahrain (48), Arab Saudi (50) dan Kuwait (54).

Denmark, New Zealand dan Singapura terikat pada kedudukan teratas dalam ranking global, diikuti rapat oleh Finland dan Sweden.

Terletak paling bawah ialah Somalia, di belakang Myanmar, Afghanistan dan Iraq.

Transparency International mentakrif rasuah sebagai salah guna kuasa diamanahkan untuk keuntungan peribadi.

Takrif ini meliputi amalan rasuah dalam sektor awam dan swasta.

Tiada ulasan: