HALAMAN SANTAI

Khamis, 28 Oktober 2010

Ramai miskin di negeri-negeri pengeluar minyak


20090804132117_pelantarDewan Rakyat Hari Ini

Oleh Muda Mohd Noor

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen PAS Kuala Terengganu, Abdul Wahid Endut hari ini mempersoalkan mengapa empat negeri pengeluar minyak negara merupakan negeri paling miskin.

"Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak merupakan empat buah negeri yang paling banyak mengeluarkan hasil minyak dan gas tetapi sedihnya di negeri-negeri itu yang paling ramai penduduk miskin.

"Orang miskin paling ramai ialah di negeri Sabah diikuti Sarawak, selepas itu Terengganu dan keempat Kelantan," katanya dalam sidang Parlimen hari ini.

Beliau juga meminta kerajaan pusat mengembalikan royalti minyak kepada Terangganu yang diberhentikan semasa pemerintahan PAS.

Menurutnya, mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berjanji untuk mengembalikan semula royalti petroleum kepada kerajaan negeri Terengganu.

"Menjelang pilihanraya kecil Kuala Terengganu tahun lalu Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi lebih RM600 juta wang royalti kepada Terengganu.

"Beberapa akhbar arus perdana melapurkan kerajaan pusat telah mengembalikan semula royalti minyak kepada Terengganu tetapi yang sebenarnya royalti tidak dikembalikan.

"Saya meminta Najib yang kini menjadi Perdana Menteri mengembalikan royalti minyak kepada Terengganu," katanya.

Dalam perbahasan itu, Abdul Wahid juga melahirkan rasa kecewa dengan keputusan kerajaan membenarkan pembinaan banyak pasar raya besar di Terengganu.

Katanya, tindakan tersebut boleh membunuh peniaga-peniaga kecil di negeri itu kerana mereka tidak mampu bersaing dengan pasar raya besar tersebut.

Tiada ulasan: