HALAMAN SANTAI

Selasa, 14 Disember 2010

Jangan tuduh pengkhianat, siasat dulu dakwaan Felda bankrap

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR: Kerajaan Barisan Nasional (BN) harus menyiasat terlebih dahulu dakwaan yang dibuat terhadap Felda sebelum menuduh pihak yang mendakwa Felda bankrap sebagai pengkhianat bangsa.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, selepas dakwaan Felda bankrap akibat penyelewengan yang berlaku, tiada sebarang siasatan dilakukan terutamanya dari pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Adakah mereka mereka telah melakukan penyiasatan terhadap dakwaan-dakwaan yang dibuat selama ini?

“Saya tidak nampak SPRM menyiasat semua dakwaan yang dibuat di Parlimen dan media alternatif," kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga berkata, adalah sesuatu yang menghairankan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menuduh demikian sedangkan tiada penyiasatan terhadap dakwaan penyelewengan yang cukup besar itu.

"Adalah sesuatu yang pelik apabila dia (Najib) menuduh orang lain yang cuba membangkitkan isu Felda ini sebagai pengkhianat. Sepatutnya mereka harus melakukan satu penyiasatan. Ini soal penyelewengan yang sangat besar," katanya.

Menyentuh mengenai dua kes saman terhadap akhbar alternatif yang dimenangi Felda, beliau berkata, ianya tidak membuktikan dakwaan terhadap Felda itu salah selagi siasatan tidak dilakukan.

"Kerajaan hanya menang saman terhadap akhbar tapi adakah siasatan dilakukan? Segala artikel akhbar berkenaan mengneai Felda memerlukan satu siasatan. Tidak guna mennag saman tapi tiada siasatan dilakukan," tegasnya.

Sementara itu, bercakap mengenai isu sama dalam sidang media di lobi Parlimen, ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, dakwaan najib bahawa Felda mempunyai pendapatan sebanyak RM4.3 bilion tidak boleh dijadikan ukuran memandangkan ianya bersifat subjektif.

"Nilai aset ini subjektif, cuma atas buku. Mungkin dia tulis RM4 bilion tapi bila nak dijual mungkin orang nak beli RM2 bilion sahaja," katanya.

Beliau juga mempertikaikan kenyataan Najib yang sewenang-wenangnya menuduh pihak-pihak tertentu sebagia pengkhianat.

“Penggunaan istilah pengkhianat digunakan dengan mudah oleh Umno BN kerana dia nak naikkan semangat Melayu dan patriotisme. Kalau nak kata orang yang kata Felda bankrap sebagai pengkhianat, apa pendirian dia terhadap Idris Jala yang kata negara akan bankrap? Itu bukan sekadar Felda tapi satu negara," katanya.

Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar pula berkata, tugas utama Felda ialah memastikan nasib peneroka dan generasi mereka terbela, bukan membuat pelaburan korporat.

Pertama kali semalam kita dengar dia sebut Felda ada saham dalam korporatlah dan sebagainya. Adakah ini kerja Felda melabur dalam saham?Ini benda baru. Yang kita pentingkan kedudukan peneroka dan anak-anak mereka serta kehidupan mereka," katanya.

Najib ketika merasmikan majlis penutup Karnival Ikatan Hati Warga Felda (Iktiraf) 2010, di Putrajaya semalam menyifatkan pihak yang mendakwa Felda bankrap, sebagai pengkhianat bangsa, kerana sanggup menghina institusi itu yang telah banyak berjasa kepada rakyat.

Jun lalu, sebuah akhbar alternatif dikenakan tindakan undang-undang kerana mengeluarkan artikel 'Felda Bankrap'

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Investigation is needed before accusation is made.

azman berkata...

sepatutnya akhbar yang dikenakan tindakan itu tidak sewenang-wenangnya mengatakan yang felda bankrap.

azman berkata...

harap isu ini tidak menjadi semakin besar dan tidak merumitkan lagi keadaan.

Tanpa Nama berkata...

kemudahan yang dinikmati oleh warga peneroka jauh lebih baik daripada masyarakat diluar sana, malah negara luar juga mengakui keberkesannan Felda dalam meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar. apa yang cuba dimainkan oleh ahli2 PAS ternyata berniat jahat dan cuba memusnahkan kehidupan warga Felda. mereka sebenarnya cemburu kerana tidak mampu melakukan sebaik Felda terhadap rakyat mereka di Kelantan. memang betullah PM tuduh mereka sebagai pengkhianat kerana cubaan mereka menghancurkan Felda yang telah terbukti sekian lama berjaya meningkatkan taraf hidup rakyat.

Tanpa Nama berkata...

pelbagai program telah dilaksanakan oleh Felda melibatkan penyertaan semua warga peneroka. tumpuan aktiviti adalah kepada pendidikan, kesihatan, kerohanian dan pengukuhan institusi keluarga. dalam setiap tumpuan itu, Felda telah melaksanakan pelbagai program yang jika saya sebutkan tidak cukup untuk saya senaraikan dalam ruangan ini. jadi tidak ada istilah bankrap untuk felda sedangkan sehingga hari ini mereka masih mampu melaksanakan pelbagai program. PAS perlu sedar bahawa sebagai pembangkang tidak semua usaha2 kerajaan mereka boleh bangkang. jika semua usaha itu dibangkang, bermakna PAS tidak mempunyai pendirian yang jelas malah kewarasan mereka boleh dipertikaikan.

Jason berkata...

Accusation without any solid evidence is considered serious offense.

Jason berkata...

Investigation is needed before you simply accuse someone. Hopefully this issue will be solved.

Tanpa Nama berkata...

FELDA masih lagi beroperasi seperti biasa, ini bermakna FELDA tak bankrap.

Hosie Masie berkata...

Felda tidak bankrup lagi, jika bankrup sudah pasti tidak akan beroperasi lagi sampai sekarang.

Tanpa Nama berkata...

Lain kali sebelum buat sesuatu andaian/dakwaan... siasatlah terlebih dahulu!

Tanpa Nama berkata...

Apapun, saya harap hal ni tak diperbesarkan/dipolitikkan lagi.

Tanpa Nama berkata...

Tidak kira apa-apa perkara pun, siasatan perlu dibuat sebelum menuduh.

Gopuk berkata...

Kepentingan bersama perlu menjadi keutamaan...tidak perlu la menuding jari kearah mana2 pihak, salah tetap salah tapi boleh diperbetulkan keadaan...