HALAMAN SANTAI

Selasa, 14 Disember 2010

Saman RM1bilion: MB Terengganu tidak cerdik

Khairul Azlam Mohamad

KUALA TERENGGANU- PAS menyifatkan dakwaan kononnya Kerajaan PAS Terengganu cuai sehingga disaman RM1 bilion dianggap berniat jahat, berkepentingan politik Umno serta kenyataan yang tidak cerdik.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, dakwaan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said bahawa kerajaan negeri sekarang terpaksa menanggung beban kerana kecuaian kerajaan PAS bermotif politik.

Baginya, Ahmad seorang yang tidak cerdik kerana tidak tahu membezakan antara kerajaan dengan parti politik.

“Kenyataan Mat (Ahmad) Said bahawa kerajaan Terengganu hari ini terpaksa menanggung beban hasil dari kecuaian Kerajaan PAS yang menyebabkan disaman RM1 bilion oleh Syarikat Riyapadu Sdn Bhd itu bermotif politik.

“Saya merasakan sebagai seorang Menteri Besar, saya rasa ‘Mat Said’ ini tidak reti beza antara kerajaan dengan parti politik. Sebab kerajaan ini satu entiti dan parti ini satu entiti yang lain.

“Rakan-rakan dia dalam Umno pernah kata Mat Said ini ‘bodoh’ tetapi saya tidaklah sampai ke tahap itu untuk kata dia seorang yang bodoh. Tetapi, saya rasa dia (Ahmad) tidak cerdik sikit dalam hal ini,” jelasnya yang merupakan bekas Exco kerajaan negeri.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Taman Seri Intan di sini, hari ini.

Menurutnya, Ahmad disifatkan kurang cerdik kerana menyalahkan PAS sedangkan kes tersebut masih dalam proses perbicaraan di mahkamah.

Katanya, jika proses mahkamah belum selesai dikhuatiri boleh menimbulkan subjudis serta persepsi yang salah.

“Kes ini dia boleh menimbulkan subjudis sebenarnya kerana proses mahkamah belum selesai tetapi gambaran yang diberi oleh akhbar ini, seolah-olahnya kerajaan ini terpaksa tanggung beban RM1 bilion.

“Ini satu persepsi yang salah kerana proses mahkamah belum selesai lagi. Kes ini sekarang di Mahkamah Tinggi, selepas ini Mahkamah Rayuan dan seterusnya ke Mahkamah Persekutuan,” ujarnya.

Menurutnya, isu tersebut cuba dipolitikkan oleh Umno dan kerajaan Barisan Nasional dengan melabelkan PAS sebagai yang bertanggungjawab.

Hadir sama pada sidang media tersebut Timbalan Pesuruhjaya (II) PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

apa pun, tunggu sajalah seputusan mahkamah nanti.

Tanpa Nama berkata...

kebenaran pasti akan diketahui juga nanti.

Tanpa Nama berkata...

tunggun ja kes ini diselesaikan.

Tanpa Nama berkata...

inilah salah satu contoh ibarat meludah kelangit. bukankah PAS juga sering mengaitkan tindakan kerajaan dengan parti politik BN?? adakah ini satu pandangan yang objektif dari PAS? Atau hanya jawapan yang menghina? Samada pandai atau bodoh Menteri Besar bukan langsung isunya..

Tanpa Nama berkata...

kerajaan Terangganu telah disaman oleh sebuah syarikat yang mana kerajaan Terengganu (semasa tahun 2003 di bawah pentadbiran PAS) telah tamatkan konsesi balak secara tidak sah. tahun 2007, syarikat Riyapadu telah mengajukan saman di Mahkamah Tinggi. setelah tiga tahun, akhirnya baru2 ini Mahkamah buat keputusan memihak kepada Riyapadu sebanyak RM1 bilion. mana pulak isu cerdik dalam hal ini?? adakah ahli PAS cukup cerdik untuk faham bahawa mahkamah sudah buat keputusan??
memangpun masalah ini berlaku disebabkan kerajaan PAS..

Tanpa Nama berkata...

Tunggu ja la apa yang berlaku nanti..

Tanpa Nama berkata...

Apapun, saya yakin suatu masa nanti kebenaran pasti akan terdedah.

Hosie Masie berkata...

Antara kerajaan dengan parti politik? Mungkin PAS sendiri pun tidak tahu membezakan. Sekiranya sesuatu tempat itu adalah jajahan pembangkang maka bila masalah yang dihadapi dikawasan itu memang kerajaan akan salahkan MB kawasan tersebut kerana tidak pandai menguruskan negeri.

Tanpa Nama berkata...

Apa-apa pun, diharapkan perkara ini boleh diselesaikan oleh pemimpin sendiri, jangan sampai rakyat terpaksa menanggung bebanan yang tidak diperlukan.

Gopuk berkata...

Itu la lain kali kena tahu dengan jelas apa yang berlaku..

Tanpa Nama berkata...

Apa yang sebenarnya berlaku? Apa yang PAS sudah buat mengakibatkan Kerajaan Negeri BN menanggung beban itu.

Tanpa Nama berkata...

Tidak cerdik pun boleh jadi MB? Apa sudah jadi pada Malaysia? Tiada lagi calon lebih baik?

Unknown berkata...

Pencapaian kita tidak setanding negara jiran banyak memberi makna.

Tanpa Nama berkata...

Tunggu keputusan mahkamah. Manalah tahu keputusan tidak seburuk yang dijangkakna.

Tanpa Nama berkata...

Tunggu keputusan mahkamah. Manalah tahu keputusan tidak seburuk yang dijangkakna.

Tanpa Nama berkata...

Sama-sama menyerang kelemahan pihak bertentangan.

Unknown berkata...

Selesaikan masalah ini lebih baik dari menunding jari kepada orang.