Puad berkata beliau akan meminta Ketua Pengarah Pelajaran supaya menjawab hal tersebut. — gambar fail
Ketika ditanya mengenai dakwaan itu, yang dibuat oleh dua penulis buku sejarah dalam laporan berita hari ini, Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengakui beliau tidak boleh memberi respons segera buat masa sekarang.
Bagaimanapun beliau memberi jaminan akan bercakap dengan Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abdul Ghafar Mahmud berhubung isu itu.
“Saya minta maaf, saya tidak boleh memberi komen sekarang. Saya akan memanggil beliau dan meminta beliau memberi respons dengan segera mengenai perkara ini,” kata beliau ketika ditemui pemberita di bangunan Parlimen hari ini.
Ditanya mengenai pendapat beliau sama ada dakwaan itu sesuatu yang berat, Puad kelihatan enggan mengulas tetapi menegaskan, perkara itu perlu ditangani oleh Abdul Ghafar selepas menjalankan siasatan yang sewajarnya.
“Saya merasakan adalah lebih baik Ketua Pengarah membuat komen kerana ia melibatkan bahagian kurikulum, mereka perlu memberikan laporan penuh kepada saya (kelak),” katanya.
Dalam laporan muka depan akhbar theSun hari ini, penulis buku Dr Ranjit Singh Malhi dan Ng How Kuen mendakwa buku teks sejarah terdiri daripada kesilapan fakta dan ditokoh tambah, menambah mereka gagal untuk memberi pengiktirafan yang seadil kepada warganegara bukan Melayu negara ini.
Dr Ranjit, yang merupakan penasihat Kementerian Pelajaran mengenai buku teks sejarah, mendakwa buku teks sejarah sekolah digunakan untuk mempromosikan kepentingan politik.
Ng pula berkata, sumbangan komunis telah diketepikan dalam bahagian yang mengisahkan perjuangan negara ke arah kemerdekaan.
“Pelajar-pelajar tahu kebenaran tetapi buku teks ditulis mengikut kurikulum yang diluluskan, pelajar berakhir dengan mempelajari sejarah yang diselewengkan,” kata Ng.
Kedua-dua penulis mengulas kandungan buku sejarah di sebalik keputusan kerajaan mewajibkan subjek Sejarah sebagai mata pelajaran wajib bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bermula 2013.
16 ulasan:
dakwaan tersebut perlu disiasat dengan teliti.
fakta yang dimasukkan dalam buku sejarah mestilah fakta yang tepat dan benar. harap pekara ini diberikan perhatian yang sewajarnya.
jgnlah kita manipulasi sejarah, berikan fakta sejarah yang benar.
bagi saya kes ini adalah berat kerana melibatkan pelajar. kerajaan wajar mengambil tindakan tegas kepada penulis buku itu.
tidak ada gunanya kita mempertahankan nilai2 sejarah jika generasi muda terus menerima pendedahan yang salah dari sejarah yang sebenar. kesilapan ini boleh mengundang konflik dikemudian hari dan bakal memecah belahkan perpaduan di negara ini..
We demand the truth about the history.
Siasatalah dakwaan ini dan buatlah apa yang patut :)
Betul antap. Sejarah perlukan fakta yang tepat jadi janganlah memanipulasi fakta sejarah.
siasat segera...jika benar dakwaan ini maka ertinya selama ini rakyat telah ditipu...ianya sesuatu yang serius..
fakta adalah penting dalam kehidupan kita sebagai manusia..sejarah pula adalah identiti kita..jika diselewengkan akan kebenaran sejarah khasnya sejarah negara kita, apakah kita benar2 kenal negara kita?
dakwaan ini harus diperincikan agar rakyat tahu bahagian2 sejarah yang dimanipulasikan oleh pihak tertentu..
apa pun, diharap kerajaan akan lebih ikhlas kepada rakyat dan tidak hanya mementingkan kedudukan politik sahaja.
Janganlah menyelewengkan fakta2 sejarah yg sudah tertulis demi kepentingan politik yg sempit...
yg menjadi mangsa adalah warga2 muda yg baru mengenal dunia...apa yg mereka belajar hari ini akan dibawa sehingga mereka tua...
kesan2 negatif dari pembacaan sejarah yg salah harus tidak dipinggirkan...seseorang itu boleh menjadi racist apabila terbaca sejarah2 yg menyeleweng....
Janganlah kita menuduh tidak tentu pasal. Apa pun kita harus kaji semula kenyataan ini.
Itulah rakyat perlu tahu bagaimana menilai sesuatu maklumat dan tidak mudah dipengaruhi.
Mana2 fakta yang tidak betul, kena perbetulkan...matlamat kita hanya satu ingin melihat kesepakatan dan melahirkan 1Malaysia.
Catat Ulasan