Oleh: KREW SABAHKINI.NET KALAU takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Jika seseorang pemimpin merasa takut untuk dikritik di kedai-kedai kopi atau di mana juga, sebaiknya ia segera meletakan jawatan untuk memberikan laluan kepada orang lain yang lebih bersedia menerima teguran.
Sewajarnya golongan pemimpin tidak usah bimbang dikritik oleh rakyat sekiranya mereka benar-benar jujur berkhidmat untuk memperjuanggkan kepentingan rakyat.
"Apa yang ditakutkan kepada kritikan dan teguran jika pemimpin telah memberikan yang terbaik untuk membela rakyat. Apa yang menjadi persoalan apabila aspirasi rakyat tidak dipenuhi yang menyebabkan rakyat menjadikan pemimpin sebagai sasaran kritikan dan cemuhan di kedai-kedai kopi," kata Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tuaran, Marsah Muyong.
Marsah yang telah terlibat dalam perjuangan politik sejak era pemerintahan USNO lagi menyatakan,rakyat hari ini amat tahu menilai perkhidmatan seorang pemimpin yang benar-benar jujur membela rakyat atau sebaliknya mengambil kesempatan mempergunakan rakyat sebagai tunganggan mendapatkan kuasa dan kekayaan.
Menurutnya, majoriti rakyat hari ini celik komputer, celik mata dan celik perkembangan semasa; tidak seperti tahun-tahun 50-an dan 60-an ketika kemudahan seperti ini tidak ada lagi dan dengan wujudnya ‘media baru’ rakyat cepat mendapat maklumat serta tidak lagi mudah dikelirukan.
Marsah menyatakan rakyat mempunyai haknya sendiri, termasuklah membuat kritikan di kedai-kedai kopi serta di mana juga kerana telah menjadi asam garam dalam dunia politik perlakuan seperti itu kepada pemimpin. Maka tidak perlu golongan pemimpin yang telah memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat merasa bimbang mengenainya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tuaran, Jamaliah Antalip seperti yang tersiar dalam Akhbar Utusan Borneo baru-baru ini.
Marsah menambah jika pemimpin takut dikritik, mereka hendaklah menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya dan tidak melepaskan sepenuhnya kepada kuncu-kuncu sekeliling yang akhirnya mengambil kesempatan dari kelemahan pemimpin seperti berlakunya tuntutan palsu dari kantraktor palsu di Kawasan Sulaman.
"Bukankah cerita Kontraktor Palsu itu menarik untuk dibahas oleh sesiapa juga di kedai-kedai kopi? Jika rakyat mengaitkan perlakuan itu dengan pemimpin saya fikir ianya adalah wajar.”
"Kritikan yang berasas akan cepat melekat dan menjadi topik hangat di kalangan rakyat.Kritikan tidak akan diluahkan rakyat jika pemimpin berada di landasan sebenar, tetapi kritikan demi kritikan dari rakyat sekiranya pemimpin jauh tersasar dari perjuangan sebenar," kata Marsah sambil meminta agar semua pihak merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengesa supaya pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) jangan dihinggapi oleh penyakit khayal, lupa diri, jumud dan angkuh.
29 ulasan:
kritikan itu perlu agar kita mengetahui kelemahan diri kita dan kita boleh membuat penambaikan. seorang pemimpin perlu bersedia menerima kritikan.
kritikan untuk tujuan memperbaiki kelemahan adalah baik dan diperlukan.
setiap pihak yang dikritik juga perlu berusaha untuk meningkatkan lagi keupayaan agar mereka dapat menjalankan tugas dengan lebih bertanggungjawab.
masih ramai pemimpin2 di Malaysia yang sukar menerima kritikan kerana takut populariti serta kedudukan mereka terjejas. itu adalah perkara biasa yang tidak sepatutnya menjadi amalan kepada mana2 pemimpin yang tentunya memerlukan mereka menjadi yang terbaik kepada rakyat.
saya setuju bahawa mana2 pemimpin yang tidak boleh menerima kritikan wajar meletakkan jawatan. mereka sepatutnya sudah sedia maklum dengan risiko2 yang bakal mereka hadapi serta bersedia menghadapi risiko2 itu dengan cara yang matang dan profesional.
Sebagai seorang pemimpin memang tidak lari dari kritikan dan tuduhan. Jika tidak tahan dengan semua ini tidak perlulah menjadi seorang pemimpin. Tarik diri dari jawatan tersebut. Memang itulah adat bagi pemimpin tidak akan lari dari semua dugaan yang kecil dan besar.
Letak jawatan jika takut dikritik??Benar, sebagai seorang yang berjawatan seperti wakil rakyat dan sebagainya seharusnya telah bersedia dari segi mental dan fizikal dalam politik.
Apa-apa kritikan sekalipun, bagi yang profesional mereka mengganggap semua itu pembakar semangat mereka untuk terus berjuang untuk rakyat. Kritikkan itu untuk memperbetulkan kelemahan yang terdapat dalam diri kita.
Take the critiques and try to improve yourself.
jika pemimpin tidak melaksanakan tanggungjawab dgn baik mmg akan dikiritik. pemimpin yang baik kena memandang kritikan sebagai suatu yang positif.
Take it as constructive criticism.
Ini adalah peluang yang baik untuk memperbaiki kelemahan yang ada.
There is no need to relinquish your post if you are committed to help the people.
Jangan terlalu sensitif dengan kata orang. Yang penting inisiatif untuk maju tetap ada.
Be a pro, not a loser.
kritikan2 yang dikeluarkan haruslah diambil secara positif untuk memajukan diri sendiri dan mutu perkhidmatan kepada rakyat.
jika pemimpin takut dikritik, letak jawatan adalah jalan terbaik...baik untuk rakyat dan baik untuk pemimpin..
kini rakyat bukan lagi pada zaman pasca kemerdekaan...rakyat kini lebih berpengetahuan..maklumat cepat tersebar dengan adanya kemudahan internet..
seharusnya pemimpin memberikan khidmat yang cemerlang kepada rakyat..jika tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik, maka rakyat akan menilai..jika dikritik, dicemuh dan sebagainya maka ianya adalah berdasarkan alasan yang munasabah.
4 penyakit politik yang dikatakan oleh najib harus dikikis bagi memantapkan lagi mutu perkhidmatan kepada rakyat..
apa pun, kritikan itu sesuatu yang membina jika diambil secara positif..
Ya betul, yang bersikap takut untuk dikritik d mana2, adalah tidak layak untuk menjadi pemimpin...
Kalau buat salah tu, memang patut pun takut.
Setuju dengan pendapat penulis. Jika takut dikritik baik jangan menapak bidang politik.
Ahli politik yang baik ialah ahli politik yang sanggup menerima kritikan dan berani berubah.
Kritikan jika diterima dengan hati terbuka merupakan satu daya transformasi yang positif.
Jika kritikan diterima dengan hati terbuka dan sedia membuat perubahan, insan itu akan semakin matang dan kuat.
Kritikan merupakan satu daya peransang supaya kita berganjak dari kesilapan.
Kenalah belajar bagaimana menerima kritikan dari rakyat dan merendahkan diri.
Catat Ulasan