SEMANGAT patriotisme kepada tanah air sendiri sepertimana yang tersemai di sanubari mantan Pegawai Pembangunan Masyarakat (CDO) kawasan DUN Kemabong, Saul Salleh, menyebabkan beliau tidak mengambil masa yang panjang berfikir untuk bertindak keluar meninggalkan UMNO yang disertainya selama lebih tiga penggal parti itu bertapak di DUN Kemabong tanpa sebarang sesalan.
Demi maruah bangsa dan masa depan rakyat negeri ini beliau tidak ragu ragu mengambil keputusan untuk menyertai SAPP sebuah parti tempatan walaupun tidak dijanjikan sebarang jawatan mahupun ganjaran oleh kepimpinan SAPP, tetapi beliau mengambilkira teras perjuangan SAPP menfokuskan kepada soal memertabatkan maruah bangsa dan rakyat Sabah.
“Setelah perjuangan PBS berakhir dengan tumpasnya mereka kepada Kerajaan BN melalui cara yang tidak demokratik pada 1994, memberi kesan negatif kepada penduduk pedalaman di sini sehinggalah sekarang. Namun gara-gara sikap keterlaluan pemimpin UMNO-BN yang memperbodohkan kami selama ini membuatkan kami sedar dan sedang bangkit untuk menumbangkan UMNO-BN di Kemabong pada PRU13 nanti,” jelas Saul yang juga salah seorang bekas pemimpin kanan PBS Kemabong.
Beliau berkata, perjuangan politik rakyat Sabah yang terdiri daripada pelbagai kesukuan etnik, agama dan kepercayaan perlu sampai ke suatu tahap kematangan yang lebih tinggi dengan mengambil keutamaan kepada memperjuang masalah masyarakat wilayah sendiri, khususnya rakyat di Sabah dengan menyertai SAPP sebuah parti tempatan.
Saul turut menjelaskan bahawa kecintaannya terhadap perjuangan PBS sejak awal penubuhan parti itu terus menjadi pudar apabila tindakan parti itu menyertai semula BN sehingga telah merenggangkan hubungan beliau dengan pemimpin PBS yang lain kerana mereka telah bersekongkol dengan UMNO-BN.
Beliau mengingatkan rakan-rakan seperjuangannya yang masih berada dalam UMNO agar bertindaklah daripada sekarang dengan keluar secara beramai-ramai (en-block) seperti yang mereka rancangkan sebelum ini.
Selagi mereka berada dalam UMNO, bermacam-macam janji ‘terang bulan’ termasuklah gula gula manis yang ditaburkan kepada mereka dengan harapan akan dapat mengekang mereka keluar meninggalkan parti itu.
“Harus diingat, bahawa wang bukan segala-galanya; kerana wang, maruah dan jati diri bangsa, negeri dan rakyat akan tercemar untuk selama-lamanya. Malah kampung kita juga akan tergadai,” tambah Saul ketika berucap di majlis induksi pemantapan parti SAPP untuk ahli-ahli baru di Hotel Perkasa, Tenom, baru-baru ini.
UMNO yang bukan lahir di bumi Sabah tetapi terpaksa berhijrah ke bumi ‘Sabah Di Bawah Bayu’ pada 1991 atas kerakusan dan ketamakan segelintir pemimpin politik yang sudah terkandas di dalam haluan perjuangan politik mereka, lalu membawa masuk UMNO ke Sabah, semata-mata dijadikan landasan untuk menumbangkan kerajaan Sabah yang diterajui PBS, pimpinan Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan (Tan Sri) pada ketika itu.
Malang sekali, kata Saul, apabila usaha UMNO-BN untuk menumbangkan kerajaan PBS secara demokratik melalui pilihanraya tahun 1994 gagal, mereka (UMNO) menggunakan taktik kotor yang tidak demokratik seperti yang diketahui sebelum ini menyebabkan kerajaan Pairin tumbang kerana kehilangan majoriti di Dewan Undangan Negeri selepas beberapa Adun PBS melompat menyertai BN menjadikan keadaan porak poranda.
Mungkin juga beberapa ADUN yang melompat boleh merekacipta pelbagai alasan tertentu untuk melenyapkan perasaan marah dan kecewa rakyat yang mengundinya, namun kata Saul, rakyat yang tertipu dengan taktik kotor tersebut tidak akan dapat melupakan insiden memalukan tersebut untuk selama-lamanya.
HALAMAN SANTAI
Ahad, 12 Disember 2010
Misi PRU 13 : Siapa Yang Akan Tumpas?
Oleh: AMBROSE MAIL MATHEW (sabahkini)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
27 ulasan:
rakyat yang akan tentukan siapa yang menag dan akan tumpas...
rakyat sentiasa membuat penilaian. siapa yang terbaik itulah yang akan dipilih dalam PRU nanti.
Apa pun rakyat yang akan menentukan setakat mana kebolehan pemimpin tersebut.
Saul Salleh mungkin amat susah menawan hati rakyat. Berjuanglah dengan cara yang baik kepada mereka. Berjuanglah untuk rakyat dan bukan untuk nama sendiri dan parti.
Pernilaian rakyat adalah berpandukan dengan perjuangan pemimpin tersebut. Buruk sikapnya maka tidak layaklah untuk mereka. Jadi siapa pun yang akan bertanding nanti berikanlah yang terbaik untuk mereka.
Susah untuk meramal siapa yang akan tumpas. Dalam politik, apa2x pun boleh berlaku.
Yang penting, rakyat perlulah bijak menilai calon.
beginilah sikap pemimpin politik, bila ada ganjaran atau jawatan pasti kesetiaan mereka terhadap parti tidak berbelah bahagi. tapi bila sudah hilang kuasa atau jawatan, sibuk pula lompat sana sini kuntuk parti sebelum ini yang telah telahpun meningkatkan nama beliau.
bagi saya orang yang lompat parti bukan disebabkan perjuangan tetapi disebabkan kegairahan mahu berkuasa semula. lebih2 lagi jika pemimpin itu tidak pernahpun menyuarakan kekesalan beliau seperti hari ini semasa beliau masih berjuang dan mempunyai jawatan dengan parti pemerintah.
Kita tengoklah siapa yang akan tumpas nanti.
Jangan asyik fikirkan siapa yang tumpas. Buat la kerja masing2.
Inilah dinamakan politik, bila semakin hampir pilihan raya di situlah pelbagai pengaruh yang digunakan untuk menarik lebih ramai pengundi.
Sepatutnya para pemimpin samada BN atau parti-parti yang lain, jangan asyik fikirkan kemenangan tetapi pelaksanaan dalam memberi keperluan rakyat perlu diutamakan.
UMNO yang bukan lahir di bumi Sabah tetapi terpaksa berhijrah ke bumi ‘Sabah Di Bawah Bayu’ pada 1991 atas kerakusan dan ketamakan segelintir pemimpin politik yang sudah terkandas di dalam haluan perjuangan politik mereka, lalu membawa masuk UMNO ke Sabah, semata-mata dijadikan landasan untuk menumbangkan kerajaan Sabah yang diterajui PBS, pimpinan Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan (Tan Sri) pada ketika itu.
Kalau parti PBS yang dahulunya adalah terbaik mustahi ianya dapat ditumbangkan. Menurut sumber, satu daerah yang dahulunya penyokong kuat PBS, tapi selama pemerintahan PBS apa yang sudah disumbangkan??? mana ada.....ada pun tempat yang dibangunkan tetapi hanya tempat-tempat tertentu sahaja. tetapi bilah BN masuk baharulah ada perubahan walaupun masih banyak keperluan yang rakyat perlukan sekurang-kurangnya rakyat sudah boleh tersenyum. Ops..jangan marah!
Kita mempunyai setiap pilihan untuk berkhidmat di mana2.... Oleh sebab itu pilihan berada ditanggan anda.
kedatangan UMNO ke Sabah mmg tela merubah corak pilotik di negeri kita, namun kita ada hak2 untuk memilih parti mana yang kita inginkan.
It is hard to tell. Every party has an equal chance.
Jawapan masih lagi di awang-awangan.PRU 13 masih lagi jauh jadi masih banyak masa untuk kita mengetahuinya.
I'm not so sure. PKR, maybe?
I hope BN can do something about it.
sukar nk ramalkan keptusan PRU13 nnti.
Banyak alasan dan semua ini bukan baru bagi ahli politik yang selalu tukar parti.
Lihat keputusan PRK Batu Sapi, SAPP dapat undi yang paling kurang.
SAya harap rakyat pandai menilai calon yang layak jadi YB. Siapa yang tidak layak, jangan undi walau dibayar.
Siapa yang mengakibatkan kerajaan PBS yang diberi mandat menerajui kerajaan hilang kuasa? Salah satu penyebab ialah pengasas SAPP.
SAPP salah satu komponen BN sebelum ini.
Setelah terasa semakin tidak dapat tempat dalam BN, bermusuh dengan BN pula.
Nak jadi pejuang Sabah kononya.
Harap parti yang jujur dan iklas berjuang untuk rakyat dan negara menang.
Catat Ulasan