KOTA KINABALU – Sebuah parti politik baru, Parti Barisan Rakyat Sabah (SPF), telah ditubuhkan di sini.
Presidennya Berman Angkap yang mengadakan sidang akhbar sebaik tiba dari Kuala Lumpur dengan menyatakan pendirian partinya sebagai parti pembangkang tetapi berkata mereka tidak mempunyai perancangan lagi untuk bekerjasama dengan parti-parti pembangkang di negeri ini.
Bagaimanapun, beliau nampaknya terbuka kepada idea itu dengan berkata “apa yang penting adalah ideologi mereka sama dengan kami”.
Berman juga mengumumkan pembubaran Parti Barisan Rakyat Sabah Bersekutu (Bersekutu) yang diterajuinya yang bergiat sejak 20 tahun lalu walaupun dianggap sebagai “parti nyamuk”.
Beliau berkata SPF, yang didaftar secara rasmi oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 8 Dis, ditubuhkan bagi memenuhi hasrat rakyat Sabah yang mahukan memulihkan hak negeri.
Beliau berkata parti itu sudah pasti akan bertanding semasa pilihan raya negeri.
“Kita akan menubuhkan bahagian-bahagian di 60 kawasan pilihan raya sebagai persiapan menghadapinya,” katanya.
“Kita mensasarkan keanggotaan seramai 50,000 terutama generasi muda. Kita juga berharap 38,000 bekas anggota parti Bersekutu juga akan menyertai parti baru ini,” katanya.
23 ulasan:
pati baru untuk Sabah telah ditubuhkan, parti ini kena berusaha untuk mendapatkan sokongan rakyat sabah. harap ia dpt membela hak2 rakyat sabah.
nampaknya sudah semakin banyak parti yang ada di negara ini..
tidak kira mana-mana parti sekali pun, pastikan rakyat menjadi keutamaan jika ingin mendapat sokongan rakyat.
SPF mempunyai peluang mendahului parti2 pembangkang yang lain memandangkan parti pembangkang yang ada di Sabah hari ini semakin hilang populariti mereka dan semakin jauh dengan rakyat.
saya harap kemunculan parti baru ini tidak akan menyumbang kepada ketidakstabilan politik di Sabah dengan menimbulkan pelbagai huru hara semata2 untuk memenuhi kepentingan politik. berpolitiklah dengan cara matang dan profisional..
Kita mengharapkan semoga parti ini memberikan yang terbaik dalam politik dan bukan huru-hara yang pasti.
Parti baru untuk Sabah. Bertambah lagilah parti pembangkang di Sabah. Apa pun berjuanglah untuk rakyat Sabah.
Please think it through before putting your trust in any party.
Jagalah hak rakyat Sabah. Mungkin parti baru ini tidak dikenali lagi diSabah. Apa pun harap politik tetap dalam keadaan aman pada PRU akan datang.
kita lihat sahaja bagaimana perjuangan parti tersebut.
SPF targets to own 10-15 seats in the next GE.
Nampaknya semakin ramai yang ingin menubuhkan parti sebegini.
I bet SAPP will be the first to say ' hello '. LOL.
This is only the beginning.
The more number of parties formed, the less chances for the opposition to win. This sure is a good news for BN.
Kita tunggu dan lihat sumbangannya kepada rakyat Sabah.
Parti baru untuk sabah...terpulang bagaimana rakyat sabah menyambut parti baru ini.
Mampukah SPF membawa perubahan arena politik Negeri Bawah Bayu? Atau cuma pelangi selepas hujan?
Semakin banyak parti politik ditubuhkan di Sabah, semakin pudar masa depan Sabah.
Kuasa politik sepatutnya disatukan kini kucar-kacai.
Dt Harris pun tidak berdaya membawa perubahan siapa lagi yang mampu?
Parti politik baru di Sabah cuma mengeruhkan keadaan lagi.
Parti baru yang tidak baru sebenarnya. Botol baru tapi isinya sudah hampir reput.
Satu lagi parti politik diluluskan pendaftaran.
Apa baik yang akan dibawa kepada Sabah oleh parti baru ini?
Catat Ulasan