| KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menggesa pemimpin Umno mengemukakan dokumen rasmi mengenai 'ketuanan Melayu' kerana ianya tidak terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.
Mahfuz juga meminta mana-mana pemimpin Umno memberikan definisi yang jelas mengenai maksud slogan itu yang sering dilaungkan mereka.
"Saya minta secara jujurnya kepada pemimpin Umno untuk mendifinisikan Ketuanan Melayu kerana perkara ini tidak ada dalam Perlembagaan dan hanya bergantung kepada mungkin apa yang dirasakan oleh Umno.
"Saya minta pemimpin Umno menunjukkan kepada kami (Pakatan Rakyat) satu dokumen mengenai Ketuanan Melayu untuk tatapan rakyat," kata beliau dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Tambahnya, pemimpin Umno khususnya Presidennya, Datuk Seri Najib Razak seboleh-bolehnya diminta mengemukakan dokumen itu pada sidang Dewan Rakyat yang akan berakhir Khamis ini.
"Kalau boleh kita minta mereka bawa isu pada sidang kali ini. Tinggal beberapa hari sahaj algi. Lepas ini dah tak ada masa," katanya.
Ujarnya lagi, Umno sering berlagak seperti mereka hero dalam isu-isu berkaitan orang Melayu termasuk menggunakan isu Felda untuk mendapat sokongan orang Melayu.
"Akhir-akhir ini Umno khususnya cuba untuk menampilkan mereka adalah hero kepada Melayu dan dalam konteks apa sekalipun isu yang berbangkit dalam negara kita ini cuba dikaitkan dengan soal Ketuanan Melayu.
"Isu Felda pun cuba digambarkan seolah-olah ada golongan pengkhianat dan sebagainya," katanya.
Sedangkan katanya, pakar sejarah Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim sendiri menegaskan ia tidak wujud dalam perlembagaan dan tidak perlu dibahaskan.
Sebaliknya Khoo berkata,dalam aspek sejarah, hanya 'Ketuanan Raja' yang termaktub dalam perlembagaan kerana rakyat perlu menunjukkan taat setia kepada raja.
Sebelum ini, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Tahunan parti itu meminta konsep ketuanan Melayu dihapuskan bagi membolehkan anak-anak membesar dengan visi 'bangsa bermaruah' atau 'Melayu bermaruah'. |
20 ulasan:
pekara ini tidak perlu dipolitikkan lagi. fokus lah kepada kepentingan rakyat.
kenyataan Mahfuz ini hanya akan menjadikan pekara ini semakin dibincangkan lagi. sepatutnya semua pihak berhenti mempolitikkan pekara ini.
hal ini tak perlulah nak dipanjangkan lagi, tumpukan kepada hal2 rakyat.
Ketuanan Melayu lebih sesuai disebut ‘kedaulatan Melayu’ kerana ia mencakupi kedudukan Raja2 Melayu dan rakyatnya, bukannya soal antara ‘tuan’ dan ‘hamba’.. ketuanan Melayu merujuk kepada kedaulatan di negeri Melayu dengan kedudukan Raja sebagai puncak kerajaan negeri Melayu. awal sebelum kedatangan British dan sebelum kedatangan mana2 bangsa ke negara ini, telah wujud tuan kepada tanah ini iaitu Raja2 Melayu dan rakyatnya.
inilah yang dimahukan oleh PAS dan gerembolan pakatan, menyerang dan menghapuskan identiti melayu agar hak2 Melayu dapat dihapuskan. itu kah yang rakyat terutamanya di Semenajung inginkan? lihat sahaja di Pulau Pinang, rakyat melayu di negeri itu terus menjadi mangsa rampasan tanah oleh DAP untuk diberikan kepada syarikat2 dari singapura...
Hal ni takkan jadi isu besar jika tak dipolitikkan oleh golongan yang mementing kepentingan sendiri. huhu
Sudah sampai masanya, hal ni tidak diperbesarkan lagi. Jika tak, pasti mengundang masalah lain pula.
buat apa untuk dibahaskan pada sidang parlimen jika memang tiada dalam perlembagaan?
membahaskan sesuatu yang tidak wujud hanya membuang masa sidang..sedangkan banyak perkara yang penting perlu dibahaskan dan diselesaikan.
istilah 'ketuanan melayu' tidak perlu dibahaskan dan dipolitikkan oleh mana2 pihak baik pembangkang, kerajaan mahupun NGO..
politik tetap politik...apa jua cara dan peluang akan digunakan untuk kepentingan politik masing2..sehingga benda yang tidak wujud pun mahu dibahaskan..
Jadi ingat PAS PKR DAP jujurlah itu??Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar sendiri tahu mungkin susah ada kejujuran dalam politik ini. PR sendiri pun sama.
Inilah apa yang berlaku jika politik dicampur dengan agama dan bangsa. Sebab itulah agama dan bangsa selalu diperalat untuk tujuan politik.
Ada banyak lagi perkara yang harus menjadi tangga pertama...kenapa perlu memberi perhatian kepada perkara seperti ini??
Kalau ada dalam perlembagaan, ia tetap ada, kalau tidak ada memang tidak ada. Jika kata ada, tunjukan buktinya.
Ketuanan Raja lebih mudah diterima.
Benar dokumen rasmi perlu jika hendakm membuktikan kenyataan ini.
Tanpa bukti atau dokumen rasmi, sukar hendak menyakinkan orang awam.
memang tiada dokumen rasmi rasanya.
Bagaimana pula kaum Senoi, Jakun, Negerito dan lain-lain peribumi Tanah Melayu?
Catat Ulasan