HALAMAN SANTAI

Isnin, 6 Disember 2010

Tembakan pemedih mata kepada perhimpunan berbaju merah


1 fruOleh Teoh El Sen dan Fazy Sahir

LAPORAN PENUH KUALA LUMPUR: Kacau bilau meletus apabila polis melepaskan gas pemedih mata ke arah penyokong kerajaan negeri Selangor yang memakai baju merah ketika mereka mara ke arah Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Yang DiPertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Lebih 50 orang ditahan dalam perhimpunan itu berhubung pertikaian di antara kerajaan negeri dengan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) mengenai isu air.

Hari Ahad yang dinanti-nanti ini, bermula dengan penahanan para pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM), termasuk presiden dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Damansara Dr Nasir Hashim dan setiausaha agung S Arutchelvan pagi tadi.

Mereka ditahan sebelum perarakan bermula dan kerana memakai baju-t berwarna merah dan disyaki terlibat dengan perhimpunan haram.

Mereka dibebaskan pada jam 3 petang. Pada ketika itu, polis telah bergerak untuk menahan yang lain, didakwa terlibat dengan perhimpunan haram.

Pemimpin PSM ditahan di lokasi berbeza

mail.google.comTerdahulu, Adun Batu Caves, Amiruddin Shari memberitahu FMT bahawa tiga pemimpin PSM ditahan di lokasi yang berbeza.

"Saya diberitahu bahawa mereka ditahan sebelum mereka tiba di Masjid Negara (di mana kumpulan berbaju merah berkumpul sebelum berarak)," katanya.

Kira-kira 2,000 kumpulan berbaju merah juga berkumpul di luar Pasar Seni dan di Dewan Perhimpunan Perniagaan Cina di sini. Kebanyakan daripada mereka dihalang oleh polis sebelum mereka berjalan ke arah istana, terletak empat kilometer dari situ.

Pada jam 2.30 petang, polis menambah kekuatannya untuk menyuraikan orang ramai, termasuk menyimbah air dan membuat tangkapan.

Sekumpulan kecil demonstran cedera termasuk wanita dan wakil rakyat dalam kekecohan yang meletus.

Kira-kira 50 orang, termasuk pegawai khas Menteri Besar Selangor Nooramin Ahmad dan seorang remaja berusia 15 tahun ditahan kerana gagal bersurai di depan masjid. Mereka kemudian di bawa ke pusat latihan polis di Cheras untuk ditahan.

Sementara itu, sekumpulan wakil rakyat Pakatan Rakyat mengadakan perbincangan dengan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Amar Singh supaya membebaskan tahanan.

Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad memberitahu para demonstran bahawa mereka yang ditahan akan dibebaskan sekiranya mereka bersetuju untuk bersurai.

Seruan diulangi oleh Amar kepada para demonstran. Akhir mereka bersurai pada kira-kira jam 3.45 petang. Kemudian polis membebaskan 51 orang yang ditahan jam 7 petang.

Memo diserah, taktik polis dikecam

mail.google.comDr Dzulkefly juga berkata beliau akan membawa taktik kekerasan polis di Parlimen minggu depan.

"Adalah amat dikesali pihak polis telah menggunakan kekerasan terhadap rakyat. Kami sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan mereka," katanya.

Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) Muhamad Shaani Abdullah melahirkan kekecewaan dengan kaedah yang digunakan polis terhadap rakyat.

"Mereka sungguh tidak profesional apabila berdepan dengan orang awam. Mereka (polis) marah dan menghina orang ramai. Tidak ada sebab mereka berkelakuan begini jika perhimpunan ini haram sekali pun," katanya.

Ketika berlaku drama ini di Masjid Negara dan sekitarnya, Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim berjaya menyerahkan memorandum itu pada jam 2.30 petang dengan memandu terus ke Istana Negara.

Beliau diiringi di antaranya, oleh ahli exco Teresa Kok, Dr Xavier Jeyakumar dan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali.

Memorandum itu diserahkan kepada pegawai istana, Khairi Abdul Rahman, memohon perkenaan Yang DiPertuan Agong untuk campur tangan dalam pertikaian di antara kerajaan negeri dan Syabas.

Khalid juga mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mengambil bahagian dalam perarakan dan menggesa mereka terus memberi sokongan.

"Kerajaan persekutuan tidak peduli tentang nasib rakyat dalam isu air. Mereka sepatutnya bekerjasama dengan kita (kerajaan negeri) untuk menghentikan perjanjian yang tidak adil yang memihak kepada Syabas," katanya.

Beliau juga meluahkan rasa kecewa dengan tindakan polis menggunakan kekerasan bagi menyuraikan orang ramai.

Gaps serah memo

mail.google.comSementara itu, kira-kira 300 penyokong Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) yang mula berkumpul di Stadium Merdeka sejak 11 pagi tidak berarak ke Istana Negara seperti mana yang dirancang.

Bagaimanapun, seorang delegasi kemudian pergi ke istana dengan kereta dan menyerahkan memorandum itu kepada wakil istana.

Kebanyakan mereka memakai baju-t berwarna hitam dan kuning dan memakai lilitan dikepala tertulis "Gaps", yang diedar secara percuma oleh pihak penganjur di kawasan meletak kereta stadium.

Meskipun terhadap ramai anggota polis, para demonstran itu mengibarkan sepanduk mengkritik kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat dan di antara lain, memekik "Hidup Melayu" dan "Tangkap Anwar."

"Kami di sini untuk melindungi orang-orang Melayu. Kami menyerah memorandum kepada Yang DiPertuan Agong untuk mengetengahkan 30 perkara penyelewengan dan rasuah oleh kerajaan negeri," kata pemimpin Gaps, Hamidzun Khairuddin.

Hamidzun menyalahkan pihak polis kerana gagal memobilisasi 3,000 demonstran seperti mana yang dijanjikan. Kumpulan itu bersurai jam 12.30 petang.

"Saya mengambil masa dua jam untuk tiba di sini dari Shah Alam, Ramai dari orang-orang kami tersangkut dalam kesesakan lalu lintas," katanya.

Jumaat lalu, Gaps menyerahkan dua memorandum kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam pada kira-kira jam 3 petang.

Tiada ulasan: