BERNAMA
KOTA KINABALU: Di negeri di bawah bayu, lahir sebuah parti politik baru, Barisan Rakyat Sabah (SPF) dan serentak dengan itu, parti Barisan Rakyat Sabah Bersekutu (Bersekutu) pula dibubarkan.
Presiden SPF, Berman Angkap, yang mengadakan sidang akhbar sejurus selepas kembali dari Kuala Lumpur menyatakan pendirian partinya sebagai parti pembangkang.
Namun parti baru ini tidak mempunyai rancangan untuk bekerjasama dengan parti pembangkang lain di negeri Sabah.
Bagaimananapun, beliau kelihatan terbuka kepada cadangan tersebut dan menyatakan bahawa “apa yang penting ialah ideologi mereka sama dengan kita”.
Berman turut mengumumkan pembubaran Bersekutu yang diterajuinya. Parti tersebut wujud selama lebih kurang 20 tahun meskipun digelar parti kecil.
Beliau berkata SPF yang didaftar secara rasmi oleh Pendaftar Pertubuhan pada 8 Disember lalu dibentuk untuk memenuhi kehendak rakyat Sabah yang mahukan hak negeri Sabah dikembalikan.
Berman juga mengesahkan bahawa SPF akan bertanding pada pilihan raya negeri tidak lama lagi.
“Kami akan membuka cawangan di kesemua 60 kawasan dewan undangan negeri sebagai langkah persediaan.
“Kami menyasarkan keahlian seramai 50,000 terutamanya golongan muda. Kami berharap 38,000 bekas ahli Berjasa akan menyertai parti ini,” katanya.
38 ulasan:
I don't think the new party will be any different from the old one.
dah bermacam2 parti di Sabah ni, harap parti baru ni dpt membuat sesuatu yang baik untuk sabah, jgn seperti 'nyamuk' sahaja.
sepatutnya SPF ditubuhkan lebih awal atau selepas PRU12. sukar bagi SPF menghadapi pilihanraya umum akan datang memandangkan masih banyak yang perlu mereka lakukan. jika benar PRU13 akan diawalkan, kemunculan SPF dalam pilihan raya itu hanya sebagai sebuah parti yang akan merosakkan undi.
The more party is form, the higher the chances BN/UMNO will win in the next GE. Take for example, the Batu Sapi by election- 2 opposition party against BN. In the end, BN win.
jika hanya nama parti sahaja yang berubah tapi ahli2nya kekal sama, tetap tidak akan ada perubahan. bukan parti yang berjuang untuk rakyat tetapi ahli2 yang bernaung dibawah parti itu yang sepatutnya berjuang untuk rakyat.
sudah semakin banyak parti baru yang muncul sekarang ni.
rasa parti ini sukar untuk mendapat sokongan kerana sudah banyak parti politik yang ada di Sabah yang lebih berpengaruh.
Inilah parti di Sabah. pelbagai parti ditubuhkan tapi hanya menukar nama parti tersebut. Tutup parti lama tuduh parti yang baru selepas itu.
Tahniah kepada negeri Sabah kerana telah menerima satu lagi parti Pembangkang. Perjuangan tetap Sama unutk membantu rakyat dan juga untuk menunjukkan kebolehan mereka.
Semoga hak rakyat akan dapat diperjuangkan. Kepada BN supaya lebih mendekati rakyat dan jangan bangga dengan kemenangan yang telah dikecapi. Sesuatu akan berlaku sekiranya rakyat benci dengan kerajaan kelak.
Since he is eager to help Sabah, then let him be.
Memang banyak parti baru telah muncul di Sabah tapi saya masih ragu2 dengan keberkesanan mereka itu.
Parti baru juga sama dengan parti lama, apa perbezaannya?
Rakyat patut berhati-hati dengan parti-parti nyamuk seperti ini.
New party, new agenda.
Mungkin telah tiba masa untuk mencipta sesuatu yang baru bagi menggantikan yang lama.
Life is an open book so discover more.
kita lihatlah bagaimana parti ini bergerak.
Tp kenapa perlu mewujudkan 1 lagi parti baru?
“apa yang penting ialah ideologi mereka sama dengan kita”.
ideologi untuk berkuasa dan menjadi autoriti/pemerintah...sama saja dengan mana2 parti politik..
“Kami menyasarkan keahlian seramai 50,000 terutamanya golongan muda. Kami berharap 38,000 bekas ahli Berjasa akan menyertai parti ini,” katanya.
nampaknya tiada yang akan baru...nama saja yang baru tetapi kandungannya masih lama..
adakah SPF akan menjadi sebuah parti politik yang berpegang pada janji tapi tidak pada tindakan? sesuatu pembaharuan harus dilakukan oleh SPF untuk mendapat sokongan rakyat kerana rakyat sudah muak dengan 'janji2 terang bulan/janji2 manis' politik terutama pada musim pilihanraya..
jadi apa yang membuatkan SPF ini berbeza dari parti2 politik yang lain? ideologi sudah sama jadi apa yang lain?
Mereka saja mahu "menghidupkan" semula atau memberi nafas baru kepada parti mereka supaya selepas ini makin ramai yang kenal.
Tubuh parti baru???.. hhmmm
Entahlah mantra.. Yang pasti, semakin banyak parti semakin sengitlah persaingan utk tambat hati rakyat.
Tapi semuanya terpulang pada rakyat juga utk buat penilaian s/ada mahu percaya dengan parti ini atau tak..
Jadi tunggu dan lihat sajalah hala tuju parti ni nanti k. Susah juga mahu komen awal2 hehe
Yang pasti senario politik memang sukar dijangka. huhu
Lebih parti diluluskan di Sabah, lebih kuat dan mantap kerajaan BN di Sabah.
Tidak perlu putus asa sekiranya tidak disokong rakyat. Terus berusaha sehingga berjaya.
Parti baru atau parti lama yang diberi nama baru?
Parti baru sepatutnya mempunyai ahli yang beru diumpul, nama baru perlembagaan parti baru, presiden baru dan lain-lain.
Obviously another lame attempt to get some exposure or maybe a way to mainstream politics after years of being neglected...but i am damn sure that whoever this guy is, he will failed in his quest...
Cukup banyak parti di Sabah. Tak perlu ada parti baru lagi.
Lebih baik SPF jangan menanding dalam PRU 13 akan datang. Hilang semua wang deposit sudah pasti.
Baru ke lama ke, sama-sama ada fungsi dan mandat.uzizo
Parti lama cepat bertransformasi. Parti baru belum tentu boleh hidup satu tahun.
Parti lama cepat bertransformasi. Parti baru belum tentu boleh hidup satu tahun.
Catat Ulasan