HALAMAN SANTAI

Jumaat, 1 Julai 2011

Belanja PLKN Cecah RM 750 Juta-Berbaloikah?

Staff Berita Semasa


plkn Belanja PLKN Cecah RM 750 Juta Berbaloikah?


Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN), rasanya semua rakyat tahu apa PLKN ini.Ianya dilaksanakan untuk memupuk semangat patriotisme di kalangan anak muda,disamping membentuk perwatakan positif serta nilai-nilai murni agar generasi muda sekarang lebih cergas,cerdas dan berkeyakinan.

Pendapat kami, pelaksanaan PLKN ini sememangnya bagus dan juga ianya bertujuan baik.Dan ianya juga akan menjadi lebih baik sekiranya unsur-unsur politik tidak dicampurkan.Ianya patut lebih bebas dan lebih kepada mendukung semangat cintakan negara.

Ianya dilaksanakan pada tahun 2004, dan Menteri Pertahanan ketika itu, iaitu Perdana Menteri Malaysia sekarang, Datuk Seri Najib Tun Haji Abdul Razak,mengumumkan bajet tahunan sebanyak RM 500 juta untuk program PLKN ini.Ini termasuk semua kos emolumen,perkhidmatan dan perbekalan,dan juga bagi perbelanjaan aset.

Dan untuk tahun ini,bajet PLKN telahpun dinaikkan sebanyak RM 252 juta,kepada RM juta.Pecahan perbelanjaan meliputi:

  • RM21,328,00.00 bagi kos emolument
  • RM723,893,530.00 untuk perkhidmatan dan perbekalan
  • RM6,220,000.00 bagi aset
  • RM1,480,470.00 untuk pembayaran dan kenaan bayar tetap termasuk ganjaran kepada kakitangan awam.

Kami tidak menyangkal bahawa kenaikan ini pastinya ada.Tipulah kalau semua kos yang ada sekarang, sama seperti tahun 2004 dahulu.Namun begitu, kami berpendapat, ada cara yang lebih baik untuk menjimatkan kos dan juga perbelanjaan-perbelanjaan yang lain.

Kami merasakan bahawa, modul PLKN ini adalah lebih baik dijalankan semasa di sekolah, dan bukan selepas zaman persekolahan seseorang murid tersebut.Cara ini sebenarnya lebih menjimatkan kos sedia ada, tanpa perlu banyak membazir ke atas perbelanjaan aset, perbekalan dan juga perkhidmatan.

Masalah yang terbesar dalam cadangan kami adalah mungkin disebabkan waktu persekolahan itu sendiri.Rata-ratanya, cuti sekolah paling lama pun, sebulan.Tempoh latihan PLKN pula adalah selama 3 bulan.Cadangan kami adalah selepas setiap pelajar mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), mereka terus sahaja ke modul PLKN, dan bukan menunggu sehingga 6 atau 7 bulan sebelum memanggil mereka kembali untuk menjalani latihan.

Ianya samada peperiksaan SPM dipercepatkan ataupun waktu persekolahan di Malaysia ini disemak semula, seperti mana proses pengajian pelajar universiti sekarang,yang akan memulakan pengajian pada bulan September ini.Segalanya mungkin sekiranya ada kemahuan.

Kami tidak mengatakan bahawa program PLKN ini membazir, tetapi kami melihat dari sudut, sepatutnya kita mampu membuat sesuatu dengan kos yang lebih rendah, dan menyalurkan perbelanjaan lebihan ke atas perkara-perkara lain yang menjadi tanggungjawab kerajaan.

Walaubagaimanapun, ianya terpulang kepada pihak kerajaan untuk menangani isu ini.Apa pula pandangan anda?

Tiada ulasan: