PETALING JAYA : Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan bahawa golongan mahasiswa merupakan penyumbang terbesar kepada idea dalam pembentukan sebuah negara Malaysia yang lebih matang dan mantap pada masa hadapan.
Menurut Anwar, golongan itu merupakan kumpulan yang paling berani menyatakan bantahan mereka terhadap kekhilafan, salah guna kuasa mahupun penyelewengan yang mereka saksikan tanpa berpihak kepada mana-mana pihak dalam menghakimi keadaan sebenar di negara ini.
Bercakap dalam Dialog Kepimpinan Pemuda anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Yayasan Selangor semalam, Anwar sekali lagi menegaskan betapa pentingnya suara generasi muda dan pandangan harus diambil kira.
"Mana ada orang muda yang tidak peduli. Nak rompak, rompaklah, yuran naik, harga barang naik, dia tak buat apa-apa, kalau itu teorinya, sampai kiamat tidak akan ada perubahan," kata Anwar.
Di Malaysia katanya, kekangan terus dikenakan ke atas mahasiswa melalui Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sehingga meyempitkan minda generasi muda untuk mendepani kehidupan di luar kampus.
Beliau yang merupakan pemimpin mahasiswa sekitar tahun 70-an di Universiti Malaya nyata sekali tidak bersetuju dengan layanan yang diberikan kepada golongan pelajar dan mereka tidak patut dihukum kerana memperjuangkan sesuatu.
Malah menurut beliau jurang generasi mereka dan golongan dewasa turut tidak wajar dijadikan alasan untuk mengabaikan suara mereka.
"Umumnya walaupun anak muda dikaitkan dengan negatif,saya pernah kata kepada Menteri dulu, dalam menangani masalah orang muda, jangan berleter.
"Bukan soal mengutuk mana-mana generasi. Kita harus didik anak muda dengan kasih sayang. Ya mereka buat silap, tapi jangan ambil ekstreme,"kata Anwar lagi.
Anwar bagaimanapun mengingatkan anak muda bahawa walau apapun pilihan mereka, ilmu perlu dijadikan keutamaan.
Malah, beliau menganjurkan anak muda khususnya mahasiswa untuk tidak terkongkong dan tertipu dengan penindasan dan terkhayal dengan dogma yang dimainkan oleh sebelah pihak tanpa berusaha mencari kebenarannya.
"Ilmu itu suatu yang bersandarkan pada hujah dan pertimbangan akal yang disebut dalam Islam sebagai tradisi Aqliah atau rasionalis.
"Kalau ketua kampung di Permatang Pauh tak tahu saya maafkan, tapi kalau anak mahasiswa-mahasiswi tak tahu, saya nak suruh berdiri atas kerusi. Kerana mereka ada akses untuk nilai sendiri. Tidak salah kita baca apa pun tapi salah kalau kita terbelenggu dan terkongkong," kata Anwar lagi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan